Tanya Dr Azizan Osman Episod 2 - #DdyTheMomPreneur #DdyTheMomPreneur: Tanya Dr Azizan Osman Episod 2

21 Jun 2014

Tanya Dr Azizan Osman Episod 2

Assalamualaikum,

Sambungan dari Tanya Dr Azizan Episod 1

Video credit to FB Page Azizan Osman


Bongkar Potensi Diri Anda!

1. Buat sesuatu atas dasar Allah SWT suka. Fikir kebaikan dan manfaat untuk orang lain. Akan ada orang yang suka dan tak suka, tapi kita fokus pada perkongsian manfaat.



2. Push factor untuk keep moving in bisnes adalah dengan kita mengingat wajah seseorang yang apabila kita ingat akan buat kita sedih. Selain itu juga, push factor yang hebat adalah haters!

3. Yakin pada Allah adalah Kamalul Yakin (tahap keyakinan paling sempurna). Macam mana nak yakin dengan Allah? Kena cari ilmu. 


* Saya ada ceritakan peringkat yakin di sini.

4. Cara yang terbaik untuk tahu bisnes terbaik untuk kita adalah dengan melakukan Solat Sunat Istikharah. Tanya Allah apa patut aku buat? 

Dapatkan mentor untuk idea, tetapi keputusan muktamad adalah di tangan kita. Buat apa yang ada di depan mata kita, fine tune dan adjust ikut minat kita.

5. Ada perkara yang kita lakukan momentumnya perlahan. Ini dipanggil snowball effect. Sebab permulaannya susah dan memakan masa. Tapi lakukan secara konsisten.

Fast Action, Fast Result! Massive Action, Massive Result!


6. Kebahagian datang dengan memberi. Give and Love unconditionally (tanpa syarat). Jangan expect untuk dapat balik. Belajar untuk bersyukur dan berterima kasih terutama pada orang-orang yang kita sayang.


7. Semakin tinggi layang-layang terbang, semakin kuat angin. Yang penting pegang tali dengan baik. Semakin tinggi kita naik, semakin tinggi cabaran kita.

Cabaran ibarat baja untuk melonjakkan kita ke tahap yang lebih baik.

8. Macam mana kalau orang tak suka kita buat bisnes? Tak apa asalkan matlamat kita baik. Even Rasulullah SAW pun ada yang tak suka. 


Macam mana nak bertahan dengan haters? Kena ada Elmu. Tak mudah tapi practise makes perfect!

*Sedikit perkongsian tentang Elmu di SINI.

9. Setiap hari lakukan solat sunat Istikharah semoga apa yang kita jalani dan buat Allah SWT pimpin kita. Buat sesuatu depan mata yang menguntungkan kita.

10. Kadang-kadang bisnes pertama bukan sesuatu yang kita suka. Tapi Love what you do, then Do what you Love :)

11. Bila kita terlalu fokus pada orang lain yang negative, kita akan fokus pada negative energy yang hanya membuang masa kita. Ingat rule SWSWSWN (some will, some wont, so what? Next!)


Dalam Malaysia ada 30 juta penduduk. Fokus pada yang suka dan mahukan servis kita.

12. Ilmu yang perlu disebarkan kepada generasi Y (Belia berumur 20-30 tahun) adalah ilmu Agama. Yang merangkumi ilmu Akhlak, Ibadah dan Tasawuf.

Untuk menundukkan mereka kepada Allah SWT dan menjaga hubungan sesama manusia. Terapkan ilmu ini kepada anak-anak kita.

13. Saya patut berniaga atau bekerja? Kenali potensi diri anda. Selain baca Quran dan tafsirnya, boleh baca buku Magnet Kekayaan dan Kejayaan by Dr Azizan Osman.

Kalau nak berniaga mesti ada ilmu. Hadirlah ke program Intensif Magnet Kejayaan & Kekayaan (IMKK) di mana program ni anda akan belajar cara untuk menetapkan matlamat dan kenali potensi diri anda.


Sebahagian dari Famili MFMS di IMKK yang berlangsung Jun 2014 baru-baru ini. Bergambar di hadapan testimoni alumni Dr Azizan yang merupakan mentor kami - sales 1 juta dalam 9 bulan.

Alhamdulillah, Allah Maha Kaya! Jika anda berminat untuk membaca kisah hidup mentor kami, anda boleh layarinya secara percuma di SINI.


Bersambung di Tanya Dr Azizan Episod 3.

Gambar credit to FB Page Alumni atau Bakal Alumni Dr Azizan Osman

Anda mempunyai persoalan tentang bisnes? Hantar soalan selengkapnya ke www.tanya.azizanosman.com



* Sila LIKE & SHARE perkongsian ini sekiranya ia bermanfaat untuk anda dan rakan-rakan anda. Semoga dengan perkongsian ini dapat menambah sedikit saham akhirat kita dalam menyebarkan ilmu yang berguna kepada orang lain.


SMS | WhatApp | Telegram 011 3862 7699
mjbelle.order@gmail.com

* Alhamdulillah, kami telah berpindah ke rumah baru dengan kejayaan jualan kumpulan 2 Juta pada tahun 2017. Anda dijemput melawat mjbelle.com untuk dapatkan Ebook Kisah Kejayaan kami secara PERCUMA!

Dapatkan segera sebelum link ini ditutup :)

No comments:

Post a Comment

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnos apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi:

SMS |Whatsapp | Telegram 01138627699
Call: 09-744 6969
Email: mjbelle.web@gmail.com
Mary Jardin Kota Bharu Kelantan Branch Office
#DdyTheMomPreneur © . Designed by MaisarahSidi.com