Di Saat Bilakah Anda Mahu Pergi Selamanya? - #DdyTheMomPreneur #DdyTheMomPreneur: Di Saat Bilakah Anda Mahu Pergi Selamanya?

26 Mar 2014

Di Saat Bilakah Anda Mahu Pergi Selamanya?

Assalamualaikum,

Salam takziah saya ucapkan kepada ahli keluarga penumpang Boeing 777-200 MH370 atas berita sedih yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 March yang lalu.

Ini entry ke-3 saya pada bulan ini. Lebih 10 draft entry yang saya karang tapi semuanya belum berkesudahan disebabkan emosi saya yang terlalu terikat dengan MH370.

Hari ini saya terjumpa video ini, pembaca berita Buletin Utama yang tidak dapat melindungi perasaan sedihnya ketika video MH30 diulang tayang secara live kepada penonton.


Saya tengok pun rasa sedih sangat, meruntun hati. Instrumental song ketika babak terakhir video tersebut membuatkan hati saya sangat hiba. Jikalau ada para pembaca mengetahui tajuk lagu tersebut, boleh share dengan saya ye.

Kalau tak silap, saya pernah lihat video klipnya di dalam program Nasi Lemak Kopi O. 2 orang lelaki Inggeris, seorang bermain piano dan seorang bermain celo. Tetapi tiada deskripsi lagu latar ketika video klip itu dimainkan.

Berbalik kepada video pembaca berita tersebut, juga diselitkan bersama nukilan Instagram seorang isteri yang kehilangan suaminya, seorang pramugara yang terlibat dalam insiden MH370.

Sebagai seorang isteri, saya dapat sifatkan beliau sangat menyenangi suaminya, dan redha dengan permergiannya jika itu suratan yang terbaik Allah SWT takdirkan untuk diri dan anak-anaknya.


Ya Allah, pilu kan? Kita yang memandang ini pun sudah sebak, bagaimana lagi perasaan bahu-bahu yang memikul. Ketika mendengar pengakhiran MH370 (walaupun bukti masih belum ditemui), saya daripada awal sudah dapat predict skrip tragedi ini.

Jika anda mengikuti updates Brado Kapak, beliau ada menulis:

"Pengakhirannya sangat menganehkan. Bila tenggelam tak ramai mati, bila timbul ramai yang mati."

Saya tidak percaya atau sangat percaya dengan teori beliau, namun updates beliau banyak mengajak kita agar berfikir di luar kotak. Kaji kembali peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dahulu dan cuba kaitkan dengan isu yang terjadi kini.

Banyakkan membaca isu-isu terkini dan kaitkannya dengan pengisian AlQuran. Berhati-hati juga dengan CNN (Constantly Negative News). Terlalu banyak CNN di sekeliling kita yang boleh mempengaruhi minda, jiwa dan hidup kita jika kita tidak aktifkan 'filteration' atau penapis maklumat ke otak kita.

Macam saya dulu yang selalu rasa distributor Shaklee overclaim produk Shaklee ni bagus. Bila dah cuba sendiri, barulah faham kenapa ramai sangat yang dah jatuh cinta dengan produk Shaklee.

Mengikut Dr Azizan, jangan terima sesuatu berita dan jangan tolak sesuatu berita sehingga kita benar-benar faham dengan 4 tahap keyakinan iaitu:
  1. Ilmu Yakin (Yakin dengan ilmu)
  2. Haqqul Yakin (Yakin dengan kebenaran)
  3. Ainul Yakin (Yakin dengan nampak)
  4. Kamalul Yakin (Yakin dengan penuh kesempurnaan)
Umat Islam adalah umat yang hebat dan kuat, namun mudah dijajah mindanya disebabkan sifat malas dan mudah terpengaruh pada anasir luar sehingga mudah dimanipulasikan.

Sekiranya anda turut cakna dengan negara Islam yang lain, pasti pada hari yang sama anda turut mengetahui berita seramai 529 ahli Ikhwanul Muslimin di bawah pimpinan Dr Morsi (bekas pemimpin Mesir) bakal berakhir sebagai para syuhada'.

Jika anda dapat memilih saat kematian anda, di saat bilakah anda mahu pergi selamanya? Sekarang, 10 tahun lagi atau di saat anda sudah tua? Persoalannya, bolehkah kita memilih? 


Bagaimana kalau tiba-tiba kita mendapat panggilan sebegini? Allah SWT tidak menunggu kita sudah bersedia atau tidak. 


Ambillah ibrah (teladan) dari peristiwan MH370 ini wahai muslimin muslimat. Sama-samalah pertingkatkan amalan kita, kurangkan aktiviti mengadu domba dan mengutuk sesama sendiri.

Hafal dan hayatilah 10 ayat terawal/ terakhir dari Surah Al-Kahfi ini untuk mengelakkan fitnah akhir zaman.

Nabi saw bersabda, "Barangsiapa yang menghafaz 1-10 surah Al-Kahfi dipelihara dan diselamatkannya dari Fitnah Dajjal" (Riwayat Ahmad dan Muslim, An-Nasaie).


Hidup ini mudah dan nikmat untuk orang beriman yang kuat dan mengenal Allah SWT. Tanya diri kita, "Apa yang kita cari dalam dunia ini? Berapa lama masa yang kita perlu untuk menjadi hamba Allah SWT yang sebenar-benarnya?"

Hidup ini singkat dan MATI itu PASTI!


Truthfully, kita tidak dapat memilih di saat mana kita mahu jasad bersatu dengan tanah kubur.. TAPI pohonlah agar Allah SWT menarik nyawa kita di saat DIA paling REDHA dengan kita..

Ameen, Ameen Ya Rabbal Alamin ~


* Sila LIKE & SHARE entry ini jika anda rasa kisah ini bermanfaat untuk anda dan orang lain yang turut membacanya. Semoga dengan perkongsian ini dapat menambah sedikit saham akhirat kita.



SMS | WhatApp | Telegram 011 3862 7699
mjbelle.order@gmail.com

* Alhamdulillah, kami telah berpindah ke rumah baru dengan kejayaan jualan kumpulan 2 Juta pada tahun 2017. Anda dijemput melawat mjbelle.com untuk dapatkan Ebook Kisah Kejayaan kami secara PERCUMA!

Dapatkan segera sebelum link ini ditutup :)

No comments:

Post a Comment

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnos apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi:

SMS |Whatsapp | Telegram 01138627699
Call: 09-744 6969
Email: mjbelle.web@gmail.com
Mary Jardin Kota Bharu Kelantan Branch Office
#DdyTheMomPreneur © . Designed by MaisarahSidi.com