Jangan Pernah Takut untuk Ambil Langkah Pertama - #DdyTheMomPreneur #DdyTheMomPreneur: Jangan Pernah Takut untuk Ambil Langkah Pertama

3 Apr 2014

Jangan Pernah Takut untuk Ambil Langkah Pertama

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Alhamdulillah, April sudah menjengah dan saya juga sudah bersiap sedia dengan target baru untuk dicapai penghujung bulan ini.

Dalam hidup atau bisnes, kita perlu ada target khusus yang ingin dicapai. Print dan tampal di meja kerja kita. Baca berkali-kali, maka tindakan dan semangat kita semakin 'dihantui' untuk mencapai target itu.



Alhamdulillah, closing bulan March lalu adalah closing yang hebat untuk group Jutawan Shaklee saya kerana hampir 6 orang Masters baru selamat dilahirkan (Master adalah pangkat tertinggi dalam Shaklee sebelum pangkat Presidential Master).

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua leaders yang berjaya naik rank dan new leaders born in Jutawan family especially in my MFMS (Maria Firdaus' Millionaire in Shaklee) Group.

Ia adalah satu perasaan yang sangat istimewa bila dapat melihat lebih ramai orang yang dapat keluar dari 'comfort zone' mereka menuju hidup luar biasa. Dan semestinya berjaya bersama-sama kita.

Mereka berjaya mencapai kepuasan dalam hidup dengan melihat anak membesar di hadapan mereka tanpa jagaan orang lain. Sekadar berkongsi moment Family day group kami, saat penganugerahan pun ramai anak-anak di pentas.


Seronok kan? Sebab Shaklee is a family bisnes :)



Selain berjaya naik pangkat, mereka juga dapat berinfak kepada jalan dakwah serta memberi lebih banyak kepada ibubapa dan orang-orang yang memerlukan.

Ya Allah, indahnya bisnes bila berTuhan! Group yang tidak pernah lupa mengingatkan saya untuk 'please' Allah SWT sebelum kita 'please' manusia.. Alhamdulillah :)

Hari ini saya mahu berkongsi satu blog yang selalu saya follow sebelum saya join Shaklee dulu. Beliau adalah Master Ainul Shahrazad, 4th level upline saya dari susur galur Jutawan.

Alhamdulillah beliau sudah mampu melangkah setapak lagi ke rank Master pada closing March yang lalu. Jom kita baca nukilan beliau yang bagi saya sangat terkesan di hati ini..






Tidak sangka, akhirnya saya berjaya naik ke Rank Terakhir dalam perniagaan Shaklee iaitu Master Coordinator..

Alhamdulillah... Allahukabar2X

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?" 
(Ar Rahman: 55)

Jujurnya, saya tidak melihat kejayaan merangkul Master Coordinator sebagai satu kepuasan atau kebanggaan dalam diri.

Melangkah setapak lagi ke Master Coordinator bermakna bertambah tanggungjawab yang perlu saya pikul.

Ya, walau hakikatnya orang melihat, menjadi Master Coordinator sungguh senang.. tidak lagi perlu memikirkan sales, atau tidak perlu lagi utk ke Pos ofis utk pos brg customer...  skop tugas kini hanya membantu anak cucu (duplication process) - coaching, training, famiy event dsb. Juga dgn bonus yang sangat2 amazing yg diberikan oleh Shaklee....

Tetapi jauh di sudut hati, saya sungguh merasakan amanah saya semakin besar; ya, saya tahu... ada banyak lagi orang di luar sana yang memerlukan perkongsian & tunjuk ajar, saya tahu, masih ramai lagi "Ainul" di luar sana yang tercari2 suatu peluang yang dapat mengubah kehidupan mereka....

Siapakah Ainul yang dahulu???

Mungkin masih ada yang belum mengetahui kisah suka duka di sebalik kejayaan saya hari ini. Bila kenang2 semula, memang saya akan mengalirkan air mata...

Baiklah, sekadar perkongsian dgn semua, buat mereka yang masih tidak mengenali siapa saya dahulu. Saya kongsikan kisah yang pernah saya share sebelum ini:

Ainul Shahrazad (2007 - 2013)

6 tahun yg lalu, saya tercari2 kerjaya yg terbaik buat saya. Mmg seronok bekerja sebagai engineer..tp jauh dlm hati ini, diri saya meronta2 utk cari kepuasan dlm hidup.

Saya selalu sedih bila setiap kali tinggalkn anak2... Sayunye hati bila anak2 menangis setiap kali, kaki ini melangkah keluar dr rumah. Suami pula jauh dr sisi. Segala kesusahan terpaksa ditanggung seorang diri (ya kerana suami saya juga terpaksa berjauhan atas tuntutan kerja); kereta accident, bibik lari, buat report polis seorang diri sambil kendong anak kecil, anak warded seorang diri, curi2 keluar hospital sbb baju xada, time bersalin pun pernah suami xada di sisi, drive kereta sendiri ke hospital time air ketuban dah pecah...Allah, bila kenang semula, rasa nk tergelak pun ada.


Ya, saya dan suami dibelenggu dgn tuntutan kerja. Tuntutan demi membina sebuah rumahtangga yg sempurna utk anak2.

Saya xmampu utk berhenti kerja pd waktu itu. Mana mungkin utk biarkn suami tanggung keluarga seorang diri di kala kos sara hidup meningkat?? Rumah yg harga tak masuk akal, minyak, toll, grocerries yg semakin naik harga. Sekolah juga mahal, kereta yg bagus juga mahal...

6 thn saya berdoa..menangis merayu pd Allah agar dipertemukn dgn kerjaya yg terbaik utk saya.

Saya dtg dr keluarga yg susah.. Setiap bulan, ibu perlu diberi duit belanja. Adik2 juga memerlukan bantuan. Adilkah utk membebani semua ini di bahu suami seorang diri??

Sungguh! Allah itu Maha Adil.. Dia tidak sedikitpun sia2kan tangisan & rayuan hamba2Nya.

Hadirnya anak ketiga, menjadi asbab saya mengenali Shaklee..

Awalnya sekadar ingin menggunakan produk set mengandung, set bersalin & set menyusu Shaklee. Entah bagaimana, hati ini sgt tertarik dgn sistem Group Shaklee kami yg sungguh2 berbeza. Konsep Sharing, Saling Memberi & Taqarub pd Allah menjadi pegangan group Shaklee ini.

Ya..ini bukan omongan kosong, ini bukan ayat memancing. Ini adalah realiti yg saya telah lalui.

Alhamdulillah, 6 bulan bersama Shaklee, saya berjaya menghantar surat perletakan jawatan yg suatu masa dahulu, mnjadi igauan ngeri dlm hidup. Siapa yg tak takut utk lepaskn duit gaji beribu2 di kala kewangan pun masih tak stabil...

Kini.. Rayuan saya pd Allah terjawab. Hampir 9 bulan berhenti kerja, income sekarang 10 kali ganda dr gaji engineer dahulu. Sungguh benarlah, 9/10 sumber rezeki ada dlm perniagaan.

Saya bercerita bukan utk mndabik dada, bkn utk membanding, bkn utk menunjuk. tetapi saya ingin sgt2 membantu sesiapa yg tercari2 jln keluar, yg mnghadapi dilema spt saya suatu masa dahulu.

Siapa sangka, saya hanya bermodalkan RM75 utk register sebagai ahli Shaklee.. Tetapi sekarang, bonus 5 angka dlm tgn setiap bulan. Siapa sangka..saya dulu hanya impikan kerja di rumah yg at least boleh replace gaji engineer saya, tetapi sekarang..berganda2 yg saya peroleh.

Dan sekarang, 2 tiket ke US sudah berada dlm genggaman. Tak pernah mimpi pun akan dpt spt ini. Bonus kereta pun mnjangkau RM5k sebulan. Kini kedua2 kereta kami, Shaklee yg tolong byrkn setiap bulan..

Siapa sangkakan...modal hanya RM75 sahaja, dah tu buat hanya di rumah. No night meeting, no weekend meeting, tak perlu nk keluar rumah jumpa org/clients. Hebat sungguh dunia internet!!

Andai nya anda juga mngalami nasib spt saya, tidak rugi saya katakan utk anda cuba perniagaan Shaklee... Kalau xsesuai pun, xada rugi nya sbb modal hanya RM75 sahaja.

For things to change, YOU have to change first!!

----------------------------

Itulah saya yang dahulu...

Dan saya pasti, masih ramai mereka yang mengalami nasib seperti saya tercari2 sesuatu peluang seperti apa yang saya perolehi sekarang.

Kerana itu, saya akan terus menulis, saya akan terus berkongsi, saya akan terus memberi biarpun ada mulut2 yang mengata di belakang, biarpun ada mata2 yang tidak senang, biarpun ada hati2 yang iri & dengki...

Kerana saya tahu, tanggungjawab saya adalah membantu mereka yang benar2 memerlukan....

Semoga hari ini lebih baik dari semalam...

Sekian~


Sejujurnya, saya selalu mendapat private message dari kawan-kawan yang mengalami nasib sama seperti Kak Ainul. Bila mereka bertanya apa bisnes yang sesuai mereka lakukan sebagai side income, saya akan suruh mereka cari minat mereka dulu dan dalam masa yang sama saya akan share mengenai keseronokan bisnes yang saya lakukan sekarang.

Kerana bagi saya, sistem Shaklee sangat telus. Kita sebagai distributor sangat dihargai oleh pihak syarikat dan kita mempunyai support group yang sangat kuat untuk membantu anda turut sama berjaya bersama-sama kami.

Kenapa saya berkata begitu? Kerana saya juga pernah mengalami dilema seperti Kak Ainul, cuma situasinya sedikit berbeza..


Maka, jangan pernah takut untuk ambil langkah pertama. Berubahlah kerana pilihan di tangan kita sebenarnya. Kita yang memilih jalan hidup kita.

Jika kita masih di takuk lama, itu adalah pilihan kita 5 tahun yang lalu. Jika kita berjaya, ianya juga disebabkan pilihan kita untuk berjaya 5 tahun yang lalu.

Tapi masih belum terlambat. Pilihlah sekarang untuk jalan hidup 5 tahun lagi, sama ada kita mahu berjaya atau gagal? Mahu kaya atau miskin? Mahu hidup gembira atau bersedih?


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para pembaca semua. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, saya berbesar hati meleraikannya. Jika anda ingin membaca kisah hidup saya sehingga menyertai Shaklee, anda boleh klik di SINI.

Dan saya juga mengalu-alukan mereka yang mempunyai dilema seperti Kak Ainul untuk membaca ebook motivasi percuma ini untuk mencari jalan keluar yang lebih baik.

Semoga ia dapat memberi anda gambaran yang lebih jelas tentang peluang yang ada bersama group kami. Kerana percayalah, saya dulu sebenarnya orang yang agak 'allergic' dengan Shaklee. 

Tapi selepas join group ini, saya totally berubah kerana cara bisnes kami tak sama seperti group distributor Shaklee yang lain. Kami menekankan pentingnya hubungan dengan Allah dalam menjamin kebahagiaan hidup dalam perhubungan sesama manusia.

Alhamdulillah, saya temui diri saya yang baru, diri saya yang lebih positif, diri saya yang ingin memberi lebih nilai serta kasih sayang pada orang sekeliling saya. Bisnes itu mudah, dan terbukti bila saya memilih group ini. Anda boleh baca tentangnya di SINI.

Marilah berubah sahabat-sahabat ke arah yang lebih bahagia dan berjaya.. Kerana saya percaya, kita semua hanyalah insan biasa yang mempunyai impian yang sama untuk hidup luar biasa.. dan juga kerana kita BERHAK merasa apa itu BAHAGIA!


Salam Kejayaan Dunia Akhirat,

SMS | WhatApp | Telegram 011 3862 7699
mjbelle.order@gmail.com

* Alhamdulillah, kami telah berpindah ke rumah baru dengan kejayaan jualan kumpulan 2 Juta pada tahun 2017. Anda dijemput melawat mjbelle.com untuk dapatkan Ebook Kisah Kejayaan kami secara PERCUMA!

Dapatkan segera sebelum link ini ditutup :)

1 comment:

  1. Casino Gaming | Dr. MD
    › casino-gaming-nca › casino-gaming-nca Sep 30, 공주 출장샵 2021 — Sep 30, 영천 출장안마 2021 The world's leading 대전광역 출장샵 casino is located in Lake Charles. Located on the Missouri River. Casino Gaming provides the 군포 출장안마 ultimate in 영주 출장마사지 gaming with over 600,000

    ReplyDelete

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnos apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi:

SMS |Whatsapp | Telegram 01138627699
Call: 09-744 6969
Email: mjbelle.web@gmail.com
Mary Jardin Kota Bharu Kelantan Branch Office
#DdyTheMomPreneur © . Designed by MaisarahSidi.com