Bisnes Itu Mudah, Mesti ada M.E.S.T.I! - #DdyTheMomPreneur #DdyTheMomPreneur: Bisnes Itu Mudah, Mesti ada M.E.S.T.I!

17 Apr 2014

Bisnes Itu Mudah, Mesti ada M.E.S.T.I!

Assalamualaikum, 

"Ya Allah, Tuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Memberi kepada hamba-hambaNya. Temukanlah aku dengan orang-orang yang boleh merubah hidupku ke arah yang lebih baik. Temukanlah aku dengan orang yang boleh meningkatkan imanku supaya aku boleh menjadi insan yang lebih bertaqwa."

Ya, inilah adalah doa yang selalu saya baca. Dan saya sering menasihatkan sahabat-sahabat saya untuk mendoakan perkara yang sama.

Sahabat-sahabat saya mostly terdiri dari kaum ibu yang mengalami dilema untuk meninggalkan anak di nursery, kerap outstation, PJJ  dan sedang dalam usaha memulakan bisnes online untuk mengukuhkan ekonomi keluarga bagi persedian mereka untuk WAHM (working-at-home-mom) kelak.


Kuasa Tindakan

Alhamdulillah, saya bersyukur ramai sahabat yang mula keluar dari 'comfort zone' yang kononnya selesa la sangat tu, ke arah fasa yang lebih baik. Yang penting, mereka dah mula.

Ramai yang ada impian sangat besar, ingin duduk rumah jaga anak, mahu hidup selesa taknak rindu-rindu anak lagi semasa bekerja, tanpa perlu memikirkan kos sara hidup yang makin meningkat saban hari.



Dah 10 tahun pasang impian dan berangan, tapi langsung tak bertindak! Macam mana nak nampak hasilnya kan?

Berbalik kepada doa saya yang tadi, syukur kepadaNya. Allah SWT sering mendengar doa saya. Setelah join Shaklee di dalam group besar JUTAWAN, dan MFMS specifically, saya berjumpa dengan ramai orang-orang hebat. Auranya masha Allah, benar-benar memberi inspirasi kepada saya.


Positive Sharing

Saya hanya berkongsi benda-benda yang positif apa yang saya belajar selama 2 tahun saya berniaga online. Saya ingin tekankan yang bisnes online ni mudah jika kita tahu caranya. Modalnya minima, sistemnya simple dan dengan mentor serta kuasa elmu dan tindakan pasti kita akan berjaya!

Saya terharu bila ada kawan yang pm memberitahu, dia suka dengan sharing saya di FB. Subhanallah, Masha Allah semua ini pinjaman dari Allah SWT yang disalurkan dari saya supaya mereka sedar tentang sunnah berniaga.


Alhamdulillah, akhirnya Allah SWT membuka pintu hati sahabat saya untuk berniaga. Kawan saya ni dalam persediaan untuk menyambung pelajaran ke peringkat PhD, tetapi masih ingin belajar selok belok mengenai bisnes online. Mengapa agaknya ye?


Goal Setting

Antara yang mengubah mentaliti saya untuk buat bisnes onine adalah apabila saya buat 'Goal Setting dan Review' dengan diri saya sendiri. Saya bertanya kepada diri saya apa yang mahu dicapai dalam hidup saya. Antaranya:

1) Life Goal
2) Financial Goal
3) Lifestyle Goal
4) Spiritual Goal

Dan pelbagai goal lagi. Apabila disenaraikan, terlalu tinggi impian saya. Terlalu banyak yang saya mahu. Itu mahu. Ini mahu. Dan semuanya mahu. Tapi, TAK MAMPU.

Dan soalan maut kepada diri saya sendiri, "Adakah apa yang saya buat sekarang membolehkan saya mencapai apa yang saya mahu dalam hidup?"

Terus terang saya akui yang saya takkan dapat apa yang saya mahu kalau saya buat benda yang sama macam sekarang ni. I have no choice, but to start doing online bisnes and find a great mentor.

'Hidup di Malaysia, kita tak berhak jadi miskin. Kita sepatutnya menjadi kaya. Hidup di Malaysia kalau tak kaya amat malang.' - ini yang mentor saya pesan.

Cuba fikir, kenapa kita tak kaya? Kenapa kita asyik merungut itu ini- gaji tak naik, bos kerek, sekejap2 rindu anak? Sebabnya kita tak memperkayakan diri sendiri. Kita tak cuba mencari freedom kita.

Setiap hari, kita berusaha dan bekerja keras untuk mengkayakan orang lain, tanpa memikirkan tentang life and financial freedom kita - betul ke betul?

Untuk kaya, kita boleh buat 2 perkara:

1) Kerja 'gila-gila' dan bagi naik pangkat setinggi-tingginya. Jika tak mampu dengan pilihan ini,

2) Berniaga

Percayalah yang kita tidak akan dapat apa yang kita mahukan dalam kehidupan dengan hanya bekerja. Kita akan hidup 'biasa-biasa' kalau kita bekerja. Untuk hidup luar biasa, kita perlu berniaga.

Macam mana kalau ada yang cakap, "saya tak mampu hidup luar biasa, cukuplah seadanya." Kalau macam ni, saya pun tak mampu nak komen lebih, sebab diri sendiri dah mengehadkan kebolehan serta potensi diri.

Apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita ingat, apa yang kita cakap, itu adalah doa. Dan itulah juga yang Allah berikan kepada kita. Sebabnya, Allah SWT beri berdasarkan sangkaan hambaNya.

Langkah Permulaan

Mulakan dengan Solat Istikharah dan Solat Hajat, semoga Allah luruskan kita pada jalan yang terbaik untuk kita. Dan pentingnya kemahuan yang kuat untuk kita dapatkan apa yang kita mahukan, supaya tak jadi 'hot hot chicken shit'.

Business is SIMPLE!

Frankly sepaking, setelah 2 tahun saya buat bisnes online dan lebih 20 tahun bergelumang dengan dunia perniagaan secara tidak langsung, saya dapat rasakan yang nak buat bisnes ni sebenarnya senang. TERAMAT MUDAH!

Cumanya, anda perlukan M.E.S.T.I.


M - Mentor yang dah terbukti berjaya dalam perniagaan, berpengalaman luas dan komited untuk membimbing anda. Memimpin tangan anda untuk 'menarik' anda ke atas. Dan anda perlu memilih the RIGHT Mentor! Duplicate apa yang mentor lakukan, anda 'terpaksa' berjaya seperti mentor anda!

E - (Emosi + Ilmu) Untuk berjaya dalam perniagaan, anda perlu ada Emosi  yang tinggi untuk berjaya dan Ilmu untuk berjaya. Semua ini boleh dipelajari daripada Mentor anda.

S - Sistem. Setiap orang yang berjaya sudah meninggalkan 'track record' bagaimana mereka berjaya. Kita hanya perlu duplicate/ copy sistem yang sama seperti mereka. Dengan izin Allah SWT, kita akan berjaya seperti mereka.

T - Untuk berjaya, anda perlukan TINDAKAN. Jika anda belajar Nenek segala ilmu pun, tapi tiada tindakan - sekian, terima kasih. Anda tak akan ke mana. Untuk berjaya, anda perlu bertindak. FAST ACTION FAST RESULT. Kalau TERHEGEH-HEGEH bertindak, TERHEGEH-HEGEH la RESULT.

I - Impian. Semua orang ada impian kan? Dengan impian yang realistic, boleh menjadi push factor yang amat besar untuk kita berjaya. Mengapa anda perlu KAYA dan BERJAYA? Dengan impian yang anda miliki, ia akan menjadi pemangkin untuk anda berjaya.

Untuk Sahabat dan Anak Didik Tersayang

Selamat datang ke dunia bisnes. Selamat datang ke dunia yang penuh cabaran. Syabas kerana anda sudah berjaya meninggalkan PULAU ALASAN.


Saya bersyukur sudah ada yang mula merasakan aura positif belum sampai sebulan bersama group hebat kami. Ada juga yang sudah mampu mencapai sales 4 angka pada bulan ke-2 mereka join walaupun mereka tiada langsung pengalaman berniaga.

Subhanallah, ini semua terjadi dengan izin Allah SWT. 
Saya berjanji akan guide anda menjadi usahawan yang berjaya di dunia dan akhirat. Dan para pembaca blog ini akan menjadi saksi janji ini.

Saya akan merubah hidup anda ke arah yang lebih baik, untuk mencapai segala IMPIAN dan cita-cita anda.

Buat Para Pembaca

In shaa Allah, saya sekarang dalam fasa untuk membina perniagaan yang lebih berjaya daripada dulu. Jika dengan bisnes dulu, saya mampu mencapai income 10k seawal 3 bulan saya berbisnes online.

Untuk kali ini, saya tidak mahu kaya sendiri. Bukan sekadar untuk membantu diri sendiri, saya juga mahu membantu anda semua. Berjaya di dunia dan akhirat. Dan merancang untuk membimbing anda secara PERCUMA.

Ya, percuma! Kerana saya percaya pada konsep:

"Untuk menjadi kaya, saya perlu membimbing orang lain untuk menjadi kaya. Kekayaan akan datang kepada saya secara automatik. Semakin ramai yang saya bimbing untuk menjadi kaya, in shaa Allah saya akan menjadi semakin kaya."

Inilah konsep yang saya mahu terapkan dalam diri kita semua. Untuk mendapat sesuatu, kita harus memberi sesuatu. It's the law of life. Lebih banyak yang kita beri, lebih banyak yang kita akan dapat.

Jika anda bercita-cita untuk saya bantu dalam perniagaan, mahu saya bimbing anda untuk berjaya dalam kehidupan, hidup luar biasa - anda boleh LIKE & SHARE entry ini.

Jika tidak merubah hidup anda, mungkin ia akan merubah hidup kawan-kawan anda.



Saya mahu anda semua kaya kerana saya mahu anda keluarkan lebih banyak zakat untuk membantu orang susah di sekeliling anda. Saya mahu anda berikan lebih nafkah untuk orang tua, yang tidak pernah meminta walau satu sen dari anda. 

Sebagai anak takkan kita tidak mahu memberi lebih kepada mereka yang telah banyak berkorban untuk kita kan?

Saya mahu anda kaya sebab saya tahu anda boleh berjaya. Cuma anda tak tahu caranya untuk berjaya. Mungkin anda hanya perlukan 'push' button. Anda akan terus bergerak sehingga anda tak boleh berhenti.

Semoga kita semakin hampir kepadaNya. Lakukan semata-mata kerana Allah SWT. Untuk langkah pertama, mungkin anda boleh membaca ebook ini. Padat dan ayatnya sangat simple untuk yang baru hendak bertatih dalam bisnes online.


Anda juga boleh menghubungi saya (details seperti di bawah) untuk konsultasi tentang bisnes anda. Semoga kita sentiasa dalam keredhaan Allah dan saya doakan kita semua menjadi Kaya dan Berjaya! Ameen~

* Sila LIKE & SHARE entry ini jika anda rasa kisah ini bermanfaat untuk anda . Sekiranya bukan untuk anda, mungkin dapat merubah hidup kawan-kawan anda.


Salam Kejayaan Dunia Akhirat,

SMS | WhatApp | Telegram 011 3862 7699
mjbelle.order@gmail.com

* Alhamdulillah, kami telah berpindah ke rumah baru dengan kejayaan jualan kumpulan 2 Juta pada tahun 2017. Anda dijemput melawat mjbelle.com untuk dapatkan Ebook Kisah Kejayaan kami secara PERCUMA!

Dapatkan segera sebelum link ini ditutup :)

1 comment:

  1. Assalammualaikum,
    Satu pekongsian yang baik dan penuh pengisian.
    Teruskan Usaha !

    p/s : Perlukan blog yang murah hubungi saya
    http://faridmokhtar.my

    ReplyDelete

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnos apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi:

SMS |Whatsapp | Telegram 01138627699
Call: 09-744 6969
Email: mjbelle.web@gmail.com
Mary Jardin Kota Bharu Kelantan Branch Office
#DdyTheMomPreneur © . Designed by MaisarahSidi.com