Hari ini saya terbaca sebuah kisah teladan Pakcik penjual Laksa Beras di Facebook. Rasa nak share dengan semua pembaca blog DdyFedora. Semoga cerita ini dapat memberi kesederan kepada kita semua.
***********
Suatu hari sedang saya membersihkan halaman, lalu seorang penjual laksa beras menaiki motosikal mengelilingi kampung.
Oleh kerana matahari telah makin merendah selepas Asar, saya pun berhenti rehat. Apabila nampak penjual laksa beras lalu, saya pun memanggil untuk merasa laksa berasnya.
Setelah memesan dan membayar harga bagi 5 bungkus laksa beras, saya melihat penjual itu membahagikan duit yang saya bayar kepada 3 tempat.
Duit itu dibahagi 3, 1/3 kedalam dompet, 1/3 kedalam laci duit dan 1/3 ke dalam bekas seperti tabung. Melihat keadaan itu, menjadikan saya teruja ingin tahu kenapa duit-duit itu diasingkan.
Maka saya terus bertanya, "Pakcik, kenapa pakcik asingkan duit tersebut?"
Pakcik itu pun menjawab, duit yang masuk dompet digunakan untuk perbelanjaan perniagaan dan keluarga, duit yang masuk tabung untuk simpanan penyempurnaan agama (Haji) dan duit yang masuk laci untuk infak.
"Dalam setiap rezeki yang kita perolehi, ada hak orang lain juga. Walaupun sikit, kita wajar berbagi sama. Saya menggilirkan wang itu antara beberapa surau dan masjid, atau untuk rumah anak yatim juga.
Selama lebih 20 tahun saya berniaga laksa beras, dari berbasikal, sekarang sudah bermotosikal, setiap tahun saya dapat melaksanakan ibadah korban walaupun cuma 1 ekor kambing yang sederhana besar. Alhamdulillah, saranan agama walaupun sunat, ia dapat dilakukan.
Setiap hari saya mula berniaga dari pukul 11 pagi. Apabila tiba di mana-mana kampung, menjelang waktu solat samada Zohor atau Asar, saya akan berhenti untuk solat berjemaah di mana-mana masjid/ surau kampung berkenaan.
Saya tidak akan lupa memasukkan sedikit hasil jualan laksa beras ini ke tabung masjid/ surau walaupun sedikit. Walaupun cuma menjual laksa beras, saya tetap dapat mengerjakan solat di awal waktu secara berjemaah.
Dapat menginfak wang hasil jualan laksa beras untuk dikongsi dengan orang lain. Saya suka berniaga mengelilingi kampung dan berhenti solat di mana-mana surau atau masjid yang ditemui menjelang waktu solat.
Saya pernah dengar tuan guru kata, "Nanti di mahkamah akhirat, Bumi dan Hari akan menjadi Saksi. Maka nanti Bumi akan berkata, si Polan pernah bersolat di sini, di sini, di sini. Hari Isnin si Polan solat di masjid ini, hari Selasa solat di surau ini dan seterusnya.."
Saya tidak kaya, tidak punya harta yang banyak untuk melaksanakan wakaf, namun saya tetap bersedekah ikut rezeki yang Allah berikan kepada saya setiap hari.
Duit dalam tabung pula sebagai simpanan untuk menyempurnakan Rukun Islam yang ke-5. Adakah solat itu sempurna jika rukunnya tidak sempurna?
Saya merasakan Islam saya tidak akan sempurna jika rukunnya tidak saya sempurnakan. Oleh itu saya mahu berusaha menyempurnakan Rukun Islam yang ke-5 iaitu mengerjakan Haji.
Jika tidak menabung, bagaimana mungkin dapat saya mengerjakan Haji kerana ia memerlukan biaya yang besar?"
Terpegun saya dengan jawapan yang diberikan oleh seorang penjual laksa beras ini. Seorang penjual laksa beras, mempunyai misi dan visi yang jelas sebagai seorang Islam.
Terpegun saya dengan jawapan yang diberikan oleh seorang penjual laksa beras ini. Seorang penjual laksa beras, mempunyai misi dan visi yang jelas sebagai seorang Islam.
"Pakcik, bukankan mengerjakan Haji bagi yang mampu saja? Jika tak mampu, kita tak dituntut untuk mengerjakannya"
Jawab pakcik, "Bagaimana boleh mampu jika kita tidak berusaha menuju ke arah mampu? Jika tidak menabung, bagaimana mungkin akan mampu mengerjakan Haji suatu hari nanti?
Mampu itu kita sendiri yang tentukan. Adakah selamanya kamu mahu hidup miskin jika kamu tidak usaha menjadi kaya dengan menabung sedikit-sedikit mengumpul modal bagi meluaskan perniagaan?"
Jawab pakcik, "Bagaimana boleh mampu jika kita tidak berusaha menuju ke arah mampu? Jika tidak menabung, bagaimana mungkin akan mampu mengerjakan Haji suatu hari nanti?
Mampu itu kita sendiri yang tentukan. Adakah selamanya kamu mahu hidup miskin jika kamu tidak usaha menjadi kaya dengan menabung sedikit-sedikit mengumpul modal bagi meluaskan perniagaan?"
Masha Allah, begitu jelas sekali fikirannya tentang maksud MAMPU!
Tersentap hingga hujung hati bila membanding diri ini dengan pakcik yang hanya menjual laksa bermotosikal mengelilingi kampung. Muka saya bagai ditampar-tampar kerana berilmu tetapi tidak beramal.
Siapa yang sangka dan ambil peduli akan kejernihan fikiran pakcik dalam melaksanakan syariat agama Islam ini?
Kisah ini saya abadikan bagi mengingatkan kepada kita tentang satu contoh dan tauladan yang baik yang wajar dicontohi.
***********
Pengajaran dari Kisah ini
1. Sentiasa bahagikan rezeki kita kepada ZIS (zakat, infaq dan sedeqah), nafkah utk ibubapa dan family, simpanan dan keperluan diri. Utamakan yang ZIS dan nafkah utk ibubapa kita dahulu. Jika saki baki yang kita beri kepada mereka, percayalah rezeki dari Allah pun datangnya dlm bentuk saki baki juga.
2. Sentiasa solat di awal waktu secara berjemaah.
3. Sentiasa menderma di tabung surau/masjid walaupun hanya RM 1. Anda boleh baca tentang keajaiban bersedekah utk tabung masjid di sini.
4. Sentiasa menabung untuk menunaikan impian menunaikan Haji bagi yang beragama Islam. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jika anda mempunyai impian untuk menyempurnakan ibadah Haji di usia muda, boleh hubungi rakan saya untuk keterangan lanjut.
5. Berfikiran positif yang kuasa tindakan yang konsisten pastinya dapat membuahkan hasil yang lebih baik di masa hadapan.
6. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Kita yang menentukan kita di golongan mampu atau tidak mampu.
Alhamdulillah, banyak yang dapat dipelajari dari kisah ini kan? Jadi marilah sama-sama kita memohon rezeki yang berkat dari Allah SWT, yang mana sedikitnya cukup, banyaknya sampai boleh memberi.
Kerana Islam diperkukuhkan oleh harta orang-orang yang sentiasa memberi. Dalam mencari keberkatan rezeki, jangan fikir rezeki yang cukup-cukup untuk diri sendiri sahaja.
Tapi fikir apa yang yang kita boleh salurkan kepada orang lain- ibubapa, saudara seagama, orang-orang susah, ummah dan juga untuk agama kita yang tercinta.
Kerana orang kaya yang bersyukur dan memberi, adalah lebih baik dari orang miskin yang sabar.. Jom sama-sama jadi kaya harta dan kaya hati! :)
* Sila LIKE & SHARE entry ini jika anda rasa kisah ini bermanfaat untuk anda dan orang lain yang turut membacanya. Semoga dengan perkongsian ini dapat menambah sedikit saham akhirat kita.
Salam Kejayaan Dunia Akhirat,
SMS | WhatApp | Telegram 011 3862 7699
mjbelle.order@gmail.com
FB Page: Dd The Mompreneur
* Alhamdulillah, kami telah berpindah ke rumah baru dengan kejayaan jualan kumpulan 2 Juta pada tahun 2017. Anda dijemput melawat mjbelle.com untuk dapatkan Ebook Kisah Kejayaan kami secara PERCUMA!
Dapatkan segera sebelum link ini ditutup :)
No comments:
Post a Comment