Rahsia Pemasaran Online & Offline Terbongkar! - #DdyTheMomPreneur #DdyTheMomPreneur: Rahsia Pemasaran Online & Offline Terbongkar!

30 May 2014

Rahsia Pemasaran Online & Offline Terbongkar!

Assalamualaikum,

Saya doakan agar semua pembaca berada dalam lembayung rahmat Allah SWT. Apa yang anda lakukan hujung minggu yang lalu?

Syukur Alhamdulillah, saya dan famili dapat meluangkan masa menghadiri seminar Online & offline Marketing Genius (OMG). Seminar ini dianjurkan khas untuk susur galur Empayar Maria Firdaus Millionaire in Shaklee (MFMS).

Program ini dijalankan di FIT Centre, Batu Caves, Kuala Lumpur. Berdekatan dengan Masjid Saidina Hamzah yang luas dan mesra pengguna.


Matlamat Program

Jika anda pernah membaca entri ini, saya ada bercerita yang bisnes ini mudah jika kita tahu caranya. Kita hanya perlukan M.E.S.T.I.

Sejujurnya program ini bermatlamat untuk mengupas dengan lebih mendalam intipati E (Elmu) dan S (Sistem) tersebut. Salah satu cabang ilmu yang sangat penting dalam perniagaan adalah PEMASARAN.

Pemasaran adalah kuasa besar dalam perniagaan. Pemasaran yang bagus merupakan daya penarik pelanggan untuk membeli produk kita.

Peratusan besar perniagaan yang mengalami kerugian atau tutup kedai, kebanyakannya mengalami masalah dalam pemasaran. Mereka tidak tahu bagaimana untuk melakukan strategi- strategi yang dapat menarik pelanggan supaya membeli produk mereka.

Dalam kajian yang dilakukan, 90% usahawan tidak menguasai pemasaran walaupun mereka sudah berniaga lebih 10 tahun. Perkara ini tidak pelik, tapi agak pelik jika dibiarkan begitu (Dr Azizan).



Maka, seminar ini diadakan untuk memberikan kami solusi atau pil penyelesaian kepada masalah utama perniagaan ini. Dalam seminar ini, kami belajar pelbagai strategi untuk memperkasakan pemasaran secara Online & Offline (Ilmu).

Ilmu pemasaran ini terbukti dapat menarik lebih ramai pelanggan. Tidak mustahil bakal membuatkan perniagaan kami huru-hara berbanding sebelumnya.

Bagi yang sudah mahir dalam bab pemasaran, seminar ini ibarat penambah perisa yang bakal menyegarkan minda kami kembali untuk melaksanakan beberapa strategi yang mungkin terlepas pandang.

Semua ilmu pemasaran ini dikongsi oleh barisan leaders dalam Empayar MFMS. Mereka berkongsi pengalaman perubahan hidup serta bisnes yang ketara setelah mengamalkan strategi yang telah dikongsikan.

Semua strategi ini telah di'duplicate' dengan lebih mudah berdasarkan track record kejayaan yang telah dilakar oleh pengasas Empayar MFMS sendiri iaitu Masters Maria Firdaus (Sistem).


Master Firdaus selaku speaker utama juga berkongsi segala ilmu yang telah beliau pelajari dari kelas Dr. Azizan Osman iaitu Advance Marketing Power (AMP), Intensif Jutawan Industri (IJI), Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK), Rahsia Kuasa Minda Jutawan (RKMJ) dan Train The Trainer (TTT).


Mentor dah berbelanja ribuan ringgit untuk belajar semua ilmu ini dan berkongsi dengan kami secara PERCUMA sahaja! Siap dapat FREE Tshirt lagi. Masha Allah, mana nak cari mana kan? Ruginya tak join MFMS awal-awal dulu..


Program Berjalan Lancar

Syukur Alhamdulillah, seminar ini berjalan dengan sangat lancar. Dengan kehadiran hampir 100 orang peserta, semuanya berjalan hampir sempurna. Syukur Ya Rabbi.

Sesungguhnya saya sangat gembira dan bersyukur kerana terlalu banyak tips dan rahsia kejayaan yang telah dibongkar sepanjang seminar 2 hari ini berlangsung. Saya percaya ramai yang dapat upgrade minda mereka ke tahap yang lebih baik, untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Jom saya kongsikan agenda dan suasana sepanjang program berlangsung :)


Suasana ketika sesi pendaftaran. Ramai yang datang seawal pagi. Semuanya berkobar-kobar mahu menuntut ilmu. Anda perasan tak stroller dalam gambar ni?


Majlis dimulakan dengan sesi perkenalan antara satu sama lain. Ada yang sebelum ini hanya bertegur di alam maya, tetapi sudah mesra ibarat sebuah keluarga. Kemudian, diiringi dengan bacaan AlFatihah dan doa pembuka dibacakan oleh Master Firdaus sendiri. Masha Allah, doanya sangat menyentuh hati!

Kami diminta agar membuka hati kami dengan ilmu yang bakal diterima dan semoga ilmu ini mendapat keberkatan serta keredhaan Yang Maha Esa.

Jika anda perasan, di bahagian kiri belakang gambar ada seorang ibu muda bertudung purple yang sedang berdiri dan memegang bayinya. Haa, sayalah tu.. Kebetulan Ahmad The Wise mengalami selesema sehari sebelum seminar, makanya sifat beliau sgt unpredictable.

Namun, saya dan suami gagahkan diri untuk hadir demi sebuah ilmu. Saya percaya jika kita mahu berjaya dan hidup luar biasa, saya harus keluar dari kepompong pulau alasan yang kebanyakannya dimiliki oleh orang biasa-biasa.

Jika saya menggunakan alasan 'anak tidak sihat' untuk tidak hadir ke seminar ini, sangat rugilah saya kerana melepaskan satu peluang keemasan untuk mendalami rahsia Jutawan Internet Marketer (IM).


Maka, kami memilih kawasan belakang dewan yang menyediakan kawasan untuk kanak-kanak bereksplorasi. Saya dan husband bergilir-gilir memegang Ahmad The Wise sambil menyalin nota sepanjang majlis ilmu ini.

Seronok kan sambil seminar pun boleh bawa anak kecil bersama kita? Siap ada playgroup lagi. One of many reasons saya join group MFMS! Alhamdulillah Allah temukan saya dengan MFMS :)

Menyingkap Rahsia Kejayaan Masters Maria Firdaus


Seminar dimulakan dengan sesi perkongsian dari Master Firdaus tentang pengalaman beliau sepanjang menjalankan perniagaan. Beliau kongsikan jatuh bangunnya dalam dunia bisnes.

Saya rasa sangat beruntung dapat mendengar setiap jejak langkah beliau. Kisah kegagalan dan kejayaan beliau dapat saya jadikan 'short-cut' untuk saya lebih mudah berjaya. Saya boleh belajar dari kesilapan yang telah dilakukan dan tidak perlu menanggung kerugiaan yang sama.

Jika anda berminat untuk mengetahui kisah permulaan Masters Maria Firdaus, anda boleh membacanya secara percuma di sini.

Game No #1

Dalam seminar ini juga diadakan games. Game kali ini mengajar saya mengapa ada diantara mereka yang buat bisnes tapi tak ada orang yang nak beli dengan mereka. Saya dibongkarkan beberapa rahsia bagaimana nak buat orang 'nampak' saya di mata mereka.


Saya dan husband sedang berkongsi input game penting ini. Kakak tudung colorful tu namanya Kak Fizah. Beliau bawa semua angkatan tentera 5 orang datang seminar ni. Fuh, memang SuperMom!


Haa, sampai ada yang naik atas bangku pun ada. Untuk berbisnes, kita perlu usir jauh-jauh perasaan malu kita. Kenapa perlu malu bila berniaga? Bukankah berniaga ni sunnah Rasulullah SAW kita yang mulia? In fact, 9/10 punca rezeki datangnya dari berniaga. Betul ke betul?

Alhamdulillah, dari game ni saya mula faham kenapa ada yang berjaya cepat, dan mengapa ada orang yang buat bisnes lama tapi masih belum berjaya.

Rahsia Menjadi Magnet Kekayaan & Kejayaan

Masters turut berkongsi rahsia bagaimana mahu menonjolkan diri kami di mata masyarakat. Bagaimana mahu bagi orang nampak yang kami sedang 'berniaga', dalam masa yang sama tidak menimbulkan rasa meluat atau muak orang ramai terhadap kami.

Kami diberi kefahaman yang mendalam tentang konsep ini dengan cara bagaimana 'menjemput' rezeki datang kepada kami. Konsep inilah yang diajar oleh Dr Azizan Osman yang kebanyakan peniaga masih belum dapat hadam.

Sebab, di dalam bisnes customer is a 'king'. Bila kami dapat menguasai ilmu untuk menguasai customer, in shaa Allah bisnes kami akan jadi sangat mudah!


Semua khusyuk mendengar perkongsian rahsia ni. Yang bertudung coklat tu Kak Junita. Seronok dapat jumpa Kak Ju. Dari Kak Ju, saya belajar pentingnya bersolat Tahajjud bila kita berharapkan sesuatu dari Allah SWT. Semoga Allah memberkati dan merahmati Kak Ju.

The Power of Writing

Dalam Empayar Maria Firdaus, inilah yang selalu Master tekankan. Master mahu kami belajar bagaimana mahu transform hidup dari biasa-biasa kepada hidup luar biasa. Dan salah satu rahsia mereka yang berjaya adalah dengan kuasa menulis.

Tulis apa matlamat hidup kita. Apa yang ingin kita capai di dunia dan di akhirat. Kerana apa yang bermain di fikiran kita hanyalah angan-angan semata-mata. Ianya akan bertukar menjadi sebuah realiti apabila kita terjemahkan melalui tulisan.


Saya kongsi salah satu rahsia sekiranya anda ingin mengubah hidup anda - TULIS IMPIAN ANDA! Macam mana nak tulis? Semuanya Master kongsikan dalam seminar ini.

Habis sesi pertama, ada perkongsian dari pakar Internet. Beliau berkongsi rasa kagum dengan cara Master Firdaus menjalankan perniagaan ini. Kerana tidak memerlukan kos FB Ads dan sebagainya, segalanya hanya teknik pemasaran percuma.

Dan yang lebih best, kesannya sangat superb! Segalanya Master kongsikan dalam OMG.

Sepanjang 2 hari seminar ni, disediakan lunch yang super duper yummy! Menu hari pertama adalah Nasi Ayam yang sedap. Saya makan menambah-nambah lagi, hihi.. Sekali suap Ahmad The Wise, walau dia makan cuma 5%.

Untuk pengetahuan anda, kos untuk para peserta menyertai OMG ini adalah RM 60 untuk 50 orang pertama dan RM80 untuk 50 orang yang berikutnya. Harga ini untuk menampung kos seminar sahaja. Ilmu tu umpama kami dapat secara PERCUMA sahaja!

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan pilihan menyertai MFMS 4 bulan yang lalu :)

Thanks to pihak yang menguruskan Katering. You're superb!

Master Your Bisnes

Sebelah petang sesi bersambung dengan perkongsian lebih mendalam supaya kami memahami sistem perniagaan kami. Diterapkan lagi dengan teknik 'jemput-jemput'. Selepas ni, kami memang tiada alasan sukar mencari customer. Kerana sepatutnya customer yang mencari kami.


Semua khusyuk mendengar dan menyalin nota. Dan seperti biasa, kanak-kanak pula khusyuk bermain dengan permainan masing-masing sambil ibubapa menuntut ilmu.

Master Maria sedang menerangkan dengan lebih mendalam mengenai peluang 3C - Cash Reward, Car Bonus dan Convention/Trip. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut tentang 3C di sini.

Ini pula Kak Suhana Cikgu Cantik. Beliau seorang yang sangat positif dan mempunyai energy level yang sangat tinggi. Beliau berkongsi kuasa Yakin & Percaya beliau terhadap bisnes ini. Saya doakan Kak Su berjaya mencapai apa beliau hajati dalam bisnes ini. Saya sayang Master-To-Be Kak Su :)

Tips Sharing di Blog & FB


Amacam? Bersemangat tak Master mengajar kami? Mula-mula saya mengenali Master, saya perhatikan personalitinya, beliau sangat obses dengan kejayaan

Kalau boleh beliau nak semua orang berjaya hidup luar biasa, berjaya memperoleh rezeki yang banyak, agar lebih banyak yang dapat disedekahkan kepada agama dan umat Islam.

Sepanjang perkongsian dari speaker lain, Master banyak berinteraksi dan membuat lawak dengan kami. Beliau menggunakan teknik 'InfoTrainer' yang beliau belajar dari Train The Trainer dengan Dr Azizan Osman.

Apa itu 'InfoTrainer'? Ia bermaksud pengisian berinformasi secara santai yang boleh membuatkan audience terhibur. Syukur Alhamdulillah, kami semua teruja dan sangat energetic sepanjang seminar berlangsung.



Baby comel ni pun teruja.. Eh ye ke? Hihi, chubby la kamu ni!


Tips untuk Yang Baru Join

Saya sangat tersentuh hati mendengar perkongsian adik yang baru berumur 24 tahun ni. Beliau merupakan seorang staff nurse dari Johor. Setelah join MFMS, beliau belajar untuk lebih ikhlas dalam bekerja dan lebih banyak memberi kepada orang sekeliling tanpa mengharapkan balasan.

Saya doakan Safwa akan terus istiqamah dalam menambah nilai hidup orang lain, dan semoga beliau berjaya sehingga ke puncak!

Di Sana Menanti, Di Sini Menunggu

Seterusnya perkongsian dari super upline saya iaitu Kak Affni. Beliau berkongsi rahsia kejayaan beliau, sebagai seorang System Analyst yang mempunyai 3 orang anak, tanpa maid dan perlu menjaga orang tua yang sakit di rumah.

Kak Affni sangat komited dalam melakukan bisnes ini. Beliau sangat tidak suka memberi alasan. Walaupun masih bekerja full-time, bonus dari bisnes part-time yang dilakukan secara geli-geli ni sudah pun menjangkau 5 angka sebulan.


Beliau memberitahu yang beliau tidur pada pukul 10:30 malam dan bangun keesokannya pada pukul 3:30 pagi untuk melakukan Qiamullail dan memulakan online bisnes.

Justeru, beliau menekankan bahawa tiada alasan jika ingin berjaya. Semua orang mempunyai 24 jam sehari. Jika kita masih ada masa untuk menonton tv, membaca komik dan melenggang kangkung di shopping complex, itu petanda kita masih lagi dalam kelompok orang yang ingin hidup biasa-biasa.

Alhamdulillah, berbekalkan teknik yang sudah diguna pakai oleh Masters Maria Firdaus, kini beliau tidak perlu mencari customer. Tetapi customer yang cari beliau. Best kan kalau boleh buat bisnes macam ni?



Alhamdulillah, selesai pun 1 hari pertama. Banyak sungguh ilmu yang dipelajari. Empayar Maria Firdaus Awesome!!


On the way balik, jumpa bunting ni. Alhamdulillah, rasa happy sangat kerana saya berada dalam MFMS - The Most HAPPENING Shaklee Team in Malaysia! :)

Hari Kedua

Pada hari kedua, kami diminta memakai baju bertemakan warna Hijau Hitam. Tapi tak susah nak kena beli baju baru pun, sbb kami dapat FREE Tshirt untuk lelaki dan baju muslimah untuk wanita seperti yang saya bagitau kat atas tadi.


Wah, sehati sejiwa gitu semua orang pakai baju sama ;)

Dan seperti semalam, kami mulakan hari dengan senaman 'Bara bara bere bere' yang sangat best! Semua pun sempoi je, sporting habis! Alhamdulillah dapat keluarkan peluh dan rasa energized!




Online & Offline Marketing

Master Firdaus kemudiannya berkongsi strategi online marketing. Untuk pengetahuan anda, siapa yang buat bisnes sekarang tapi tak menggunakan media social, anda boleh cakap kat dia "Kesiannn.."

Kenapa? Kalau anda tahu mengapa ramai orang buat secara online, anda akan rasa sangat rugi sebab hanya fokus kepada Offline Marketing. Sekiranya anda berniaga tetapi tidak menggunakan sepenuhnya media social, anda adalah KETINGGALAN!

Master sedang berkongsi rahsia kejayaannya. Siap tangan aksi bersilat lagi ha!

Kemudian diikuti dengan sesi offline marketing. Banyak sungguh pertanyaan dari para peserta. Dan seperti biasa, Master dan leaders menjawab dengan santai beserta contoh-contoh untuk kami amalkan.

Tujuan seminar ini diadakan adalah supaya kami faham bagaimana cara pemasaran dilakukan. Maka, setiap teknik serta teori yang diajar akan diiringi dengan contoh yang berkaitan.


Ini penting supaya kami faham segala teknik secara total. Oh, we really love their presentations!!



Rahsia Besar

Pada waktu ini, Masters Maria Firdaus sedang berkongsi dengan kami 'Rahsia Besar'. Disebabkan ianya rahsia besar, maka saya tak dapat kongsikannya di sini. Harap para pembaca tidak berkecil hati ya.

Sejujurnya, Master bayar ribuan ringgit untuk teknik simple ini. Alhamdulillah dengan menggunakan teknik simple inilah Masters berjaya buat sales yang sangat tinggi setiap bulan.

Kami pun baru perasan teknik ini dan rasa sangat bertuah kerana Masters sudi berkongsi rahsia hebat ini. Yang paling best, beberapa hari selepas seminar berakhir, ada antara kami yang dapat buat sales dengan lebih mudah. Antaranya, members yang baru sahaja join MFMS tidak sampai sebulan!

Alhamdulillah, saya pun sangat teruja mendengarnya! Walaupun sudah pernah mengetahui mengenai teknik ini, namun Masters memberi contoh dan steps mudah untuk saya copy. Anak-anak didik saya pun berjaya 'melanggar' sales target disebabkan teknik ini!


Masha Allah, hebat teknik ni! Kan saya dah kata, 'Bisnes lebih mudah bila kita tahu caranya'.

Kenapa 30 orang je nampak Posting saya?



Perkongsian dari Pakar Internet mengenai topik FB Marketing. Master mahu kami faham teknik perniagaan secara online, jika boleh difokuskan sehingga 90%. Ini kerana, customers adalah unlimited di dunia alam maya.


Dan Master hanya memilih pakar yang terbaik dalam setiap bidang sebagai speaker setiap topik. Kerana Master percaya, hanya yang Pakar dapat mengajarkan ilmu yang terbaik serta berkesan kepada kami.

Kenapa? Kerana mereka mempunyai pengalaman dalam setiap bidang yang telah diterokai. Maka, kami hanya perlu follow saja dan in shaa Allah pasti mampu berjaya seperti mereka!



Again, sharing dari pakar IM. Sejujurnya, beliau respect dengan apa yang Master kongsikan. Walaupun beliau pakar, tapi beliau suka dengan teknik 'jemput-jemput' yang sangat awesome tu. Sebab utamanya, almost ZERO cost untuk marketing. 


Alhamdulillah, saya sendiri bangga berada dalam group MFMS untuk mempelajari teknik ini :)

Sharing from Hot Seats

Seterusnya, perkongsian dari leaders MFMS. Mereka adalah:
  • Upline saya; Senior Coordinator Kam Haryatie
  • Super Upline saya; Coordinator Affni Shahida
  • Coordinator Syakila
  • Senior Supervisor Adni Harlina
Kam Kam berkongsi teknik yang beliau gunakan untuk mencapai pendapatan 5 angka sebulan dalam tempoh yang singkat. Beliau juga menjadi speaker utama mengulas topik mengenai Leadership, dengan tujuan untuk melahirkan lebih ramai leaders di dalam MFMS.

Kak Syakila berkongsi pengalaman bisnes sebelum beliau join bisnes ini. Bagaimana sistem bisnes ini boleh menjadikan beliau konsisten mendapat 4 angka setiap bulan (RM 9,999 pun masih 4 angka tau) sehingga suami dan keluarga menyokong 100% apa yang beliau lakukan sekarang.



Saya tertarik dengan cerita Kak Adni, kerana dahulu beliau tak suka buat bisnes. Beliau tak reti dan malu untuk berniaga dan hanya mahu hidup biasa-biasa. Sehinggalah suatu hari beliau terjumpa group MFMS, dan beliau tertarik untuk mencuba buat bisnes.


Secara tak sengaja, beliau mencuba dan secara tak sengaja, beliau 'berjaya!'. Anda nak tahu apa sudah jadi pada beliau sekarang?

Alhamdulillah, beliau bakal menamatkan zaman makan gajinya hujung bulan ini. Seterusnya, menikmati kehidupan yang sangat dimpikannya iaitu Work-At-Home-Mom (WAHM) sambil menjaga anak-anak tersayang dengan air tangannya sendiri.

Beliau cabar diri untuk hidup luar biasa, kerana beliau dah penat dengan rutin harian keluar pagi balik malam, dan kadang-kadang stress dengan bos dan kerja. Beliau sekarang sudah nampak hala tuju yang jelas dalam perniagaan.

Inilah yang saya selalu saya pesan pada rakan-rakan yang ingin menjadi WAHM seperti saya - untuk berubah dan hidup berjaya, anda kena beri peluang kepada diri anda untuk mencuba. 


Alhamdulillah, Kak Adni sangat bersyukur dipertemukan dengan MFMS.

Hadiah untuk Leaders

Wah wah, Masters Maria Firdaus turut menyediakan hadiah telekung jenama 'Siti Khadijah' (my brand tu!) berserta plaque kepada leaders yang menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang cycle bisnes yang lalu.


Amacam? Best ke best?


Sangat best! Saya pun akan menjadi salah seorang daripadanya untuk cycle ini. Para pembaca semua doakan ye. Kalau boleh, saya turut mahu berkongsi kejayaan saya ini dengan anda semua :)

Hadiah Misteri bernilai hampir RM 1,000

Di awal seminar, Master anjurkan pertandingan yang dapat mengubah hidup salah seorang dari kami. Dan pemenangnya adalah adik yang masih yang bergelar student ni, Syazwina.

Hadiahnya adalah Tiket Seminar IMKK Dr Azizan Osman yang harganya boleh mencecah RM997 untuk satu tiket! Syazwina dapat FREE je! Saya jugak yang perlu bayar dulu, tu lah siapa suruh lambat join MFMS?

Master selalu cakap yang salah satu penubuhan Empayar Maria Firdaus adalah untuk mengubah hidup orang lain. Master mahu kami semua transform dari hidup biasa-biasa kepada hidup luar biasa.

Jadi, setakat hadiah penghargaan tiket IMKK ni apalah sangat berbanding nilai ilmu yang Syazwina bakal dapat dari program IMKK itu nanti.

I tell you, it's impactful! Bila keluar tu, rasa macam byk sgt idea nak buat.. Jadi jangan pergi IMKK, nanti tak pasal-pasal jadi macam kami semua.

Click! Click!

Amacam, ramai tak yang join OMG? Ini belum hampir 10% dari Empayar MFMS yang hadir. 


Anak-anak kecil pun nak bergambar dengan tagline MFMS. Anda pergilah seminar lain, pasti dan pasti tak ada anak yang boleh join. Dalam Empayar MFMS, sentiasa dahulukan keluarga - Family first!

Bagi saya, saya faham satu konsep. Betul kita semua mahu belajar untuk buat bisnes, tapi pada masa yang sama bawalah anak kita bersama ke seminar yang kita pelajari.

Kita dapat terapkan minda anak-anak agar suatu hari nanti mereka juga harus buat bisnes. Sebab dalam lingkungan umur sekarang, mereka lebih suka 'meniru'. Daya serapan ilmu mereka lebih hebat kerana 'brain' mereka masih suci murni.

Orang biasa-biasa akan pilih kerja makan gaji. Orang luar biasa akan pilih untuk buat bisnes secara luar biasa.

Superstar Mommyshahab



Ini pula group saya; Superstar under Mommyshahab Kam Haryatie, antara group yang paling best dalam MFMS! Kalau Master Firdaus sendiri cakap group kami best, anda nak percaya ke nak percaya? Hehe..

Malangnya, saya tiada dalam gambar kerana Ahmad The Wise sudah tepu otaknya dengan ilmu seminar sepanjang 2 hari ni. Maka, kami bergegas pulang untuk meredakan emosinya, hihi..

Group Cabaran Ideal Weight

Jika anda pernah membaca entri saya di sini, ini juga adalah salah satu team dalam MFMS. Mereka semua ni dalam proses untuk menurunkan berat badan untuk mencapai target Ideal Weight mereka. Cabarannya adalah pada hari raya nanti.



Alhamdulillah, ada yang berjaya turun sehingga 6kg sebulan dengan group ini. Bonusnya, ada FREE Special Coach lagi. Jadi, jika anda yang sedang dalam proses utk menurunkan berat badan tetapi masih belum berjaya, jom sertai group ini!

Percayalah, diet berjemaah itu lebih elok dari diet berseorangan. Saya berdoa semoga impian mereka dalam group ini tercapai. 

Rakan-rakan Baru

Saya berpeluang mengenali kawan-kawan yang sebelum ini hanya chitchat di FB dan group Telegram shj. 

Kak Rosmawati, seorang ibu kepada 4 orang anak. Sangat komited. Beliau berkelana dari Penang semata-mata untuk hadir ke seminar ini.


Musalmah dan suami yang datang dari Negeri Sembilan. Alhamdulillah, walaupun baru join beliau sudah berjaya memperoleh bonus 4 angka sebulan.

Mula-mula boleh buat belanja dapur. Lepas tu, boleh bayar duit pengasuh anak. Kemudian, bayar duit kereta. Lagi terharu, dapat sponsor bawa family bercuti!

Alhamdulillah, sikit pun siapa nak bagi kan? Impian beliau selepas ini nak bawa maknya pergi ke tanah suci Mekah pula. Allahuakbar! Mulia sungguh niat beliau.

Saya berdoa semoga Allah SWT permudahkan perjalanan beliau dalam bisnes ini. Semuanya bermula 5 bulan lepas selepas beliau membaca ebook percuma ini.

Mentors Jutawan Bertakwa


Inilah wajah-wajah mentors kesayangan saya. Tidak terucap kesyukuran saya kepada Yang Maha Esa kerana menemukan saya dengan MFMS. Saya belajar matlamat membina perniagaan bukan sekadar untuk beri makan kepada diri sendiri dan keluarga sahaja.

Tetapi setiap usahawan yang berniaga adalah mereka yang tergolong dalam golongan yang membuka pintu rezeki kepada orang lain, dengan niat untuk menambah nilai hidup lebih ramai orang.

Kejarlah akhirat, in shaa Allah dunia akan mengejarmu. Ya Allah, besar impak pengajaran yang saya temui bila berada dalam group ini! Alhamdulillah, terima kasih ya Allah :)

Hadiah Tasbih Digital

Dalam seminar ni, sesiapa yang bertanya atau sharing pengalaman/ motivasi akan dapat hadiah tasbih digital ni. Bagus kan? Dapatlah kami semua konsisten mengamalkan master checklist kami.

Saya pun dapat menambahkan koleksi tasbih di rumah, Yelah, tasbih ni saya bagi FREE GIFT kepada customer saya yang tersayang.

Dalam mereka menjaga kesihatan diri dan keluarga, mereka juga dapat menambahkan saham akhirat mereka dengan lidah basah berzikrullah.

Ahmad The Wise pun suka dengan tasbih ni. Macam jam tangan mini dia, comel je..

A Moment to Remember


Aish, bulat betul muka saya dalam gambar ni. Nasib baik ada sesi photoshoot waktu lunch masa Ahmad The Wise tengah behave. Ada juga souvenir dari seminar ni.

Husband memang dari dulu dengan tagline 'Awesome!', saya dan Ahmad The Wise choose to be 'The Best!' in everything!

Sehingga ke hari ini, saya bersyukur terpilih antara yang mereka yang hadir. Saya dapat refresh ilmu marketing yang sedia ada dan menambahbaik strategi branding/ positioning diri.

Kini, lebih banyak tanggungjawab tergalas dalam memperkasa anak-anak didik saya supaya mereka berjaya dan mempunyai legasi bisnes yang sehebat atau lebih hebat dari Masters Maria Firdaus.

Sesungguhnya, semua amanah ini bakal ditanya di akhirat kelak. Dan saya berharap semoga saya dapat menjalankannya dengan penuh rasa tanggungjawab dan dedikasi.

Saya percaya dengan ilmu yang diajarkan nanti, anak-anak didik saya dapat transform hidup biasa-biasa kepada luar biasa. Kejar kekayaan supaya kita dapat bantu lebih ramai orang.

Kekayaan itu bukan milik kita seseorang. Dalam rezeki kita, ada hak orang lain yang perlu kita penuhi.

Saya berpegang teguh kepada amanat Dr Azizan kepada kami anak murid beliau:

"Help Enough People to Get What They Want, and You Will Get What You Want"

Rugi Tak Join MFMS!


Jika ada di antara anda yang berminat untuk menyertai MFMS, anda boleh menghubungi saya (detail seperti di bawah) dan anak-anak didik saya. Mereka yang berkongsi posting ini mungkin sebahagian daripada MFMS.

In shaa Allah, saya dan the team lebih dari sudi untuk membantu anda.

Saya doakan anda yang membaca posting ini sentiasa dirahmati Allah SWT, dikurniakan nikmat kesihatan yang baik, dan dipermudahkan hidup dunia dan akhirat.

Percayalah, yang nikmat rezeki dari Allah SWT ini seperti udara, cukup untuk setiap makhluknya yang bernama manusia. 

Namun nikmat rezeki ini hanya milik orang yang pantas dan bersungguh-sungguh. 1 minit anda bertangguh, 10 orang yang akan ambil peluang tu dari anda..

Semoga anda tidak tergolong dalam golongan orang yang berputih mata melihat kejayaan orang lain. Saya doakan kita sama-sama dapat hidup kaya, berjaya dan bahagia, Ameen Ya Rabbal Alamin..


* Sila LIKE & SHARE entry ini jika anda rasa ia bermanfaat untuk anda dan orang lain yang turut membacanya. Semoga dengan perkongsian ini dapat menambah sedikit saham akhirat kita, dalam membantu menambah nilai hidup orang lain.

SMS | WhatApp | Telegram 011 3862 7699
mjbelle.order@gmail.com

* Alhamdulillah, kami telah berpindah ke rumah baru dengan kejayaan jualan kumpulan 2 Juta pada tahun 2017. Anda dijemput melawat mjbelle.com untuk dapatkan Ebook Kisah Kejayaan kami secara PERCUMA!

Dapatkan segera sebelum link ini ditutup :)

No comments:

Post a Comment

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnos apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi:

SMS |Whatsapp | Telegram 01138627699
Call: 09-744 6969
Email: mjbelle.web@gmail.com
Mary Jardin Kota Bharu Kelantan Branch Office
#DdyTheMomPreneur © . Designed by MaisarahSidi.com