Petua Kapten Norudin Menjadi Insan Hebat - #DdyTheMomPreneur #DdyTheMomPreneur: Petua Kapten Norudin Menjadi Insan Hebat

12 Mar 2014

Petua Kapten Norudin Menjadi Insan Hebat

Assalamualaikum para pembaca,

Lama betul saya biarkan blog bersawang. Banyak benda yang hendak dikongsi dengan pembaca semua, terutamanya tentang seminar Raising Young Khalifah 4.0 Series yang saya hadiri bersama suami serta Ahmad The Wise, baru-baru ini.

It was a very edutaining seminar and I really gained a lot of knowledge about parenting and homeschooling. Nanti saya kongsikan dengan anda semua ye? :)

Ketika kami sedang seronok mendengar penceritaan Sultan Muhammad Al-Fateh menakluki Constantinopale oleh Ustaz Muhammad Ashaari, tiba-tiba suami memberitahu tentang insiden yang menimpa Boeing 777-MH370.

Sungguh saya terkejut! Astaghfirullah, saya membayangkan saya yang berada di tempat ahli-ahli keluarga mangsa yang diuji Allah SWT ini, adakah saya cukup kuat untuk mengharunginya?

Astaghfirullah, Astaghfirullah.. Semoga mereka-mereka diberi keteguhan serta ketabahan hati melalui ujian besar dari Allah SWT ini.

Malaysia kini juga menjadi tumpuan seluruh dunia disebabkan fenomena ini. Pelbagai temuramah dengan beberapa kelompok individu tertentu dapat disaksikan, dan saya paling terkesan dengan temuramah bersama Kapten Norudin Abd Majid (Bekas Ketua Juruterbang B777 Fleet MAS).

Berikut paparan slot seminit dari Buletin Utama:


Bagaimana cara kita hendak menjejak pesawat yang hilang ini Kapten? Jawab Kapten, "Doa orang-orang yang SOLEH, yang dekat dgn Allah SWT. Dan juga doa ahli keluarga, kerana mereka sedang beremosi.."

Beliau mengajak kita supaya kembali kepada pencipta kejadian itu sendiri, iaitu Allah SWT. Indeed, tika pertama kali kita dikejutkan dengan khabar ini, sebagai org yang beriman kepada Qada dan Qadarnya, sudah tentunya kita memanjatkan doa kepada Allah SWT meminta petunjuk dan keselamatan kepada mangsa, serta keampunan atas dosa kita yang lalu. Bukankah DOA adalah senjata mukmin yang paling hebat?

Subhanallah, Subhanallah.. Kapten Norudin boleh saya klasifikasikan antara individu hebat kerana berani untuk membuka mata banyak pihak supaya tidak terlalu bergantung harap pada sains semata dan jangan percaya pada konspirasi karut yang mula mencemar minda masyarakat kita.

Saya juga suka dengan status pengacara Fedtri Yahya.



Beliau bertanya Kapten Norudin, "Bagaimana nak jadi pilot yang hebat, Kapten?". Jawab Kapten, "Solat 5 waktu jgn tinggal. Hubungan dengan Allah kena bagus!"

Walaupun soalan ditanya dalam pengkhususan seorang 'pilot', saya suka generalizekan dalam konteks kita sebagai seorang manusia. Kerana petua beliau sangat berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai seorang muslim. Bukankah kita juga nakhoda pelayaran kehidupan kita sendiri?

Allah Allah, sungguh utk menjadi insan yang berjaya serta hebat, petua paling mudah adalah JAGA HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH SWT. 
Seperti mana sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda, “Jagalah ALLAH, nescaya ALLAH akan menjagamu.” 

Kerana apabila kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan hamba-hambaNya. Hubungan sesama manusia semakin rapat dan pertelingkahan tidak mudah berlaku kerana niat silaturrahim lillahitaala.

Keistimewaan orang yang berjaya kerana hubungan baik dengan Allah ialah, apabila Allah memberi pelbagai ujian dan dugaan, dia semakin kuat dan tabah.

Kesabaran dan kekuatan tu adalah kasih sayang Allah yang tak ternilai. Cuba tanya diri kita- harta dan duit yg kita ada, pangkat yg kita ada sekarang, boleh tak buatkan kita sabar? Boleh tenangkan kita tak ketika kita ditimpa kesusahan?

Money is not everything although everything needs money.

Suami yang kita sayang juga akan pergi meninggalkan kita, mak ayah dan anak-anak pun akan tinggalkan kita satu hari nanti. TETAPI, yang pasti takkan meninggalkan kita ialah Allah SWT.

Bagaimana mahu menjalin hubungan baik dengan Allah SWT? 
  1. Mengerjakan 5 solat fardhu di awal waktu
  2. Penghayatan bacaan Quran
  3. Berwirid dan bertafakur
  4. Solat-solat sunat seperti sunat rawatib dan Dhuha
  5. Qiamullail
  6. Sadaqah 
  7. Bersyukur atas setiap takdirnya ke atas kita
Inilah juga antara rahsia mudahnya menjemput rezeki yang dinukilkan oleh Fathuri Salehuddin (penulis buku mudahnya Menjemput Rezeki).


Subhanallah, senang kan mahu menjadi insan hebat? Semuanya terpulang atas kehendak kita - mahu buat atau nanti dulu.

Saya bersyukur kerana Allah hadiahkan 2 insan hebat sebaya Kapten Norudin, iaitu ayah dan papa (bapa mertua), selain suami, dalam mendidik hati saya untuk turut menjadi ibu yang hebat kepada Ahmad The Wise.

Saya doakan semoga Allah SWT perkenankan doa untuk melihat MH370 kembali kepada kita dengan selamat. Juga saya doakan anda para pembaca budiman dapat menjadi insan yang lebih hebat..

Dan doakan saya dapat mendidik Ahmad The Wise menjadi insan hebat, anak soleh yang kalungan doanya dapat memberi kami ketenangan di alam barzakh kelak. Ameen, Ya Rabbal Alamin..


* Sila LIKE & SHARE entry ini jika anda rasa kisah ini bermanfaat untuk anda dan orang lain yang turut membacanya. Semoga dengan perkongsian ini dapat menambah sedikit saham akhirat kita.




Salam Dunya Akhirat,

SMS | WhatApp | Telegram 011 3862 7699
mjbelle.order@gmail.com

* Alhamdulillah, kami telah berpindah ke rumah baru dengan kejayaan jualan kumpulan 2 Juta pada tahun 2017. Anda dijemput melawat mjbelle.com untuk dapatkan Ebook Kisah Kejayaan kami secara PERCUMA!

Dapatkan segera sebelum link ini ditutup :)

No comments:

Post a Comment

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnos apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi:

SMS |Whatsapp | Telegram 01138627699
Call: 09-744 6969
Email: mjbelle.web@gmail.com
Mary Jardin Kota Bharu Kelantan Branch Office
#DdyTheMomPreneur © . Designed by MaisarahSidi.com