19 Perkara Yang TIDAK Membatalkan Puasa Dalam Bidang Perubatan - #DdyTheMomPreneur #DdyTheMomPreneur: 19 Perkara Yang TIDAK Membatalkan Puasa Dalam Bidang Perubatan

30 Jun 2014

19 Perkara Yang TIDAK Membatalkan Puasa Dalam Bidang Perubatan

Assalamualaikum,

Semalam kami sekeluarga melawat nenek suami saya yang uzur di Subang. Beliau sedang dijaga oleh 2 orang anaknya yang tinggal di kawasan perumahan yang sama.

Salah seorang anaknya, juga merangkap makcik saya menghidap asma (lelah) yang agak teruk. Kadang-kadang beliau perlu menggunakan penyembur gas (inhaler) untuk meredakan lelahnya.

Penggunaan Inhaler Membatalkan Puasa?


Tetapi, semasa berpuasa beliau tidak menggunakan inhaler sebab pernah keluar fatwa sebelum ini yang inhaler akan membatalkan puasa. 

Kadang-kadang terpaksa curi-curi guna bila keadaan terlalu mendesak. Dan beliau kemudiannya mengganti kembali hari-hari puasa tersebut.

Namun baru-baru ini, setelah dibincangkan dengan lebih teliti oleh para ulamak, ternyata penggunaan inhaler dalam keadaan darurat tidak membatalkan puasa.

Mereka yang menggunakannya juga tidak perlu sebab untuk menggantikan puasa pada hari lain. Anda boleh membaca dengan lebih terperinci artikel oleh Ustaz Zaharuddin yang bertajuk Ramadhan: Batalkah Puasa Kita Jika..

Mudarat & Batal Puasa dari Perspektif seorang Doktor

Pada hari ini pula saya terjumpa sebuah artikel tulisan Dr Ahmad Zakimi Abdullah. Beliau seorang Pegawai Perubatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Artikel mengenai 19 perkara yang TIDAK membatalkan puasa dalam bidang PERUBATAN ini sangat bagus. Saya kongsikan sebagai rujukan kita semua yang mungkin mempunyai ahli keluarga yang turut mengalami masalah yang sama.

Setelah dibaca dan difahami, ia menyamai penerangan Ustaz Shauqi Othman serta Ustaz Zaharuddin ketika saya dan suami melapangkan diri hadir ke Seminar Solat dan Puasa baru-baru ini.


p/s: Kami menjadi chaperone utk pasangan bakal pengantin. Tak dapat saya attend wedding kawan di Johor. Tak apalah, membantu orang 'membina masjid' ni banyak pahalanya kan? 

Apa-apa pun, mari kita baca apa perkara yang tidak membatalkan puasa ni.

19 Perkara Yang TIDAK Membatalkan Puasa Dalam Bidang Perubatan:


1. Ubat titik mata dan telinga, cuci telinga (earwash)


2. Ubat GTN yang diletakkan di bawah lidah dengan syarat ia tidak ditelan


3. Memasukkan pessary, ovules kedalam kemaluan wanita (vagina), cuci vagina, memasukkan alat speculum kedalam vagina, atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan (contoh periksa jalan untuk bersalin)

4. Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing

5. Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi), dengan syarat ia tidak ditelan

6. Injeksi (cucuk) melalui kulit, kedalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), kedalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat
7. Menderma atau menerima darah

8. Menerima oksigen atau gas untuk bius


9. Menerima semua bahan yang diserap kedalam badan melalui kulit, seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya

10. Mengambil darah untuk pemeriksaan

11. Memasukkan tiub (catheter) untuk pemeriksaan

12. Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention)


13. Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut, dengan syarat ia tidak ditelan

14. Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device)

15. Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy)

16. Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma)


17. Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari

18. Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia), jika pesakit mahu berpuasa

19. Haemodialisis atau peritoneal dialysis


Semoga artikel ini bermanfaat kepada semua. Kongsikan sekiranya anda rasa ia dapat membantu lebih ramai orang yang memerlukannya. 

Semoga ianya dapat menambah pencen kubur anda :)

Akhir kalam, salam Ramadhan Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pembaca DdyFedora.


Saya doakan semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh rasa ketaqwaan dan kehambaan kepada Pencipta Kita Yang Maha Sempurna, Allah Azza wa Jalla.

Sekiranya anda ingin mahu kekal cergas dan aktif di bulan puasa, saya ada kongsikan sedikit pengalaman di SINI.

Thanks for reading!


Rujukan:
IOMS (Islamic Organization for Medical Sciences), The Akademi Fiqh di Jeddah dan WHO, Figh As-sunnah (Sayyid as-Sabiq), dan fatwa dikeluarkan oleh Yusuf Al-Qaradhawi bersama Majlis Fatwa Eropah)

SMS | WhatApp | Telegram 011 3862 7699
mjbelle.order@gmail.com

* Alhamdulillah, kami telah berpindah ke rumah baru dengan kejayaan jualan kumpulan 2 Juta pada tahun 2017. Anda dijemput melawat mjbelle.com untuk dapatkan Ebook Kisah Kejayaan kami secara PERCUMA!

Dapatkan segera sebelum link ini ditutup :)

No comments:

Post a Comment

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnos apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi:

SMS |Whatsapp | Telegram 01138627699
Call: 09-744 6969
Email: mjbelle.web@gmail.com
Mary Jardin Kota Bharu Kelantan Branch Office
#DdyTheMomPreneur © . Designed by MaisarahSidi.com