Kisah Lelaki Tua Berkain Pelikat Siri 1 - #DdyTheMomPreneur #DdyTheMomPreneur: Kisah Lelaki Tua Berkain Pelikat Siri 1

11 Jul 2014

Kisah Lelaki Tua Berkain Pelikat Siri 1

Assalamualaikum,

Salam 13 Ramadhan. Rasa sangat cepat masa berlalu. Terasa seperti baru semalam, saya mengucapkan "Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan" ketika azan magrib 1 Ramadhan yang lalu.

Terasa seperti ada seorang saudara baru yang ingin menumpang teduh di teratak usang kami untuk 30 hari 30 malam. Sungguh, kehadirannya sangat dinanti! 

Saya pasti ramai yang sudah membaca kisah seorang lelaki tua berkain pelikat yang sangat viral di alam maya sekarang. Kisah ini dinukilkan oleh seorang Jutawan Kata, Dato Roslan Ab Hamid.

Saya mula 'stalk' FB beliau ketika melihat Idea Talk Kelab 4 Pagi yang diasaskannya. Masha Allah, superb!


Masa tu saya baru sudah baca ebook ni, maka saya sedang program diri untuk istiqamah bangun tahajjud. Idea Talk ni sangat bagus untuk diamalkan oleh semua. Cubalah, u will see the MAGIC!

Ok, berbalik kepada kisah lelaki tua tadi. Alhamdulillah, sehingga sekarang sudah 40 point berharga yang sudah diceritakan kepada kita semua. Namun, masih ada yang masih belum berkesempatan untuk membacanya.

Maka, saya abadikan ianya di sini dalam 10 point setiap entri. Bagi saya, ianya adalah ilmu kehidupan yang sudah kita tahu atau pelajari sesuai dengan peningkatan umur untuk kembali kepada Sang Pencipta.

Namun sifat manusia yang 'mudah lupa' atau sukar mengambil cakna benda yang remeh menjadikan kita alpa dan 'sombong' dalam mengejar kebahagiaan serta kekayaan hidup.

Selamat membaca. Semoga kita semua beroleh 1001 manfaat yang besar dari perkongsian seorang lelaki tua berkain pelikat ini. In shaa Allah dan bi iznillah..


LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB



Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di Masjid. Baca al Quran. Umur 70an.

Duduk rumah dekat masjid. Rumah agam besar dan menarik. Hartanya disana sini, bangunan komersil tengah bandar. Milikan rm35 juta.

Pendapatan pasif kutip sewa RM70K sebulan. Belanja RM 20K. RM 50K sedekah dan infaq. Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.

Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu. Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?

1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.



2. Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. Masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

3. Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

4. Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula.




Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,


"Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran."


Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?”.


Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.



Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.


Lelaki tua itu Berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

5. Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. Jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.



6. Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan.

Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka.

7. Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid.

Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur.

Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan untuk kerja esok hari.

8. Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. 

Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri. Tenung mata dan baca 'ayat ayat pengasih'. Hehehe.

9. Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga.




Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.


10. Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. 


Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

* Jika anda rasa kisah ini boleh memberi iktibar kepada anda dan rakan-rakan anda yang lain, mohon tekan button LIKE di atas. Semoga kita dapat memanjangkan pencen kubur ini, Ameen..


SMS | WhatApp | Telegram 011 3862 7699
mjbelle.order@gmail.com

* Alhamdulillah, kami telah berpindah ke rumah baru dengan kejayaan jualan kumpulan 2 Juta pada tahun 2017. Anda dijemput melawat mjbelle.com untuk dapatkan Ebook Kisah Kejayaan kami secara PERCUMA!

Dapatkan segera sebelum link ini ditutup :)

No comments:

Post a Comment

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnos apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi:

SMS |Whatsapp | Telegram 01138627699
Call: 09-744 6969
Email: mjbelle.web@gmail.com
Mary Jardin Kota Bharu Kelantan Branch Office
#DdyTheMomPreneur © . Designed by MaisarahSidi.com