Berpagi- Pagi Membawa Berkat - #DdyTheMomPreneur #DdyTheMomPreneur: Berpagi- Pagi Membawa Berkat

10 Feb 2014

Berpagi- Pagi Membawa Berkat

Assalamualaikum and very good morning successful people,

Di mana anda ketika membaca entry ini? Masih berbaring di katil? Di meja kerja? Usai menonton Tanyalah Ustaz?

Saya sedang beroperasi dari SOHO (Small Office, Home Office) sambil ditemani anak comel saya yang masih seronok tidur. Im a WAHM and I love it! :)


Ini bukan Ahmad The Wise ye, hehe

Sekadar perkongsian tentang berkat berpagi2 - Rasulullah saw tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi. Berkata Rasulullah SAW seperti dalam satu hadith yg diriwayatkan oleh at-Tabarani di dlm al-Awsath:
Mafhumnya, "Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah BERKAT dan KEJAYAAN."

Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka baginda bersabda:
"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." (Hadis Diriwayatkan al-Baihaqi)

Muda-muda dulu, saya sendiri pun liat nak berjaga selepas solat Subuh. Umi saya adalah contoh terbaik bagi saya menyemai sifat berpagi-pagi ini. Mungkin kerana kehidupan yang mudah, kita lena dengan kesenangan.

Tiada lebihnya bangun awal melainkan perkara-perkara yang masih belum kelihatan seperti pahala, berkat dan rezeki. 

Tetapi setelah saya terapkan disiplin berpagi-pagi ini dalam hidup, memang saya dapati transformasi yang hebat dari segi energi, aura dan keberkatan hidup serta rezeki dalam hidup saya sendiri. Subhanallah, mudahnya menjemput rezeki!

Apa yang selalu saya  dan anda-anda semua boleh amalkan setelah bangun subuh?

1. Tasbih, Tahmid & Tahlil
2. Selawat & Istighfar
3. Surah Al-Waqiah
4. Surah Yaseen
5. Bacaan Zikir Pembuka Rezeki



6. Bacaan zikir Ya Wahhab (Maha Pemberi) sepanjang hari
7. Senaraikan tugasan yang saya ingin selesaikan pada hari tersebut

Kalau tak sempat baca surah-surah tersebut sekalipun, saya akan play di Quran Explorer agar Ahmad The Wise dapat menghayatinya bersama-sama.

Zikir pula sepanjang berjalan, buat kerja, driving, menaip di laptop pun mulut kita boleh terkumat-kamit berzikir kan? Tak payah tunggu duduk satu tempat baru nak berzikir.

Rasulullah SAW pun ada mengajarkan kita zikir menggunakan 'tangan' yang paling mudah.




Mudahkan? Maka, berpagi-pagilah! Saya memilih untuk berpagi-pagi sambil menikmati ESP Milo Shake dan menonton pelbagai memek muka bangun tidur dari anak comel saya. Kalau saya tak ada di sisi bila dia bangun, mulalah dia mencari dari bilik ke bilik, hehe comel! 


Yang ni ESP Shake saya before dinner. Utk breakfast, ais kurang sikit dari ni.
ESP High in Protein, Less Carbohydrate & Cholesterol!

Anda pula bagaimana? Hidup ini semuanya tentang pilihan. Kemahuan hati mahu atau nanti dulu. Its either you wake up and start living your dreams, or continue sleeping and dream your lives.

Which one is you?

I chose to wake up and start living my dreams! And you should too fella! Bukankah berpagi-pagi itu menjemput rezeki yang penuh barakah?

Jemput baca perkongsian hebat mereka-mereka yang sedang membina legasi rezeki berkat mereka di SINI. In shaa Allah, semoga bermanfaat kepada semua.



* Sila LIKE & SHARE entry ini jika anda rasa entry ini bermanfaat untuk anda dan orang lain yang turut membacanya. Semoga dengan perkongsian ini dapat menambah sedikit saham akhirat kita, dalam membantu menambah nilai hidup orang lain.



Salam Kejayaan Dunya Akhirat,


SMS | WhatApp | Telegram 011 3862 7699
mjbelle.order@gmail.com

* Alhamdulillah, kami telah berpindah ke rumah baru dengan kejayaan jualan kumpulan 2 Juta pada tahun 2017. Anda dijemput melawat mjbelle.com untuk dapatkan Ebook Kisah Kejayaan kami secara PERCUMA!

Dapatkan segera sebelum link ini ditutup :)

No comments:

Post a Comment

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnos apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi:

SMS |Whatsapp | Telegram 01138627699
Call: 09-744 6969
Email: mjbelle.web@gmail.com
Mary Jardin Kota Bharu Kelantan Branch Office
#DdyTheMomPreneur © . Designed by MaisarahSidi.com