Assalamualaikum,
Sebagaimana kata Ibnu Qayyim:
"Membaca satu ayat dengan tafakur dan memahami bersungguh-sungguh lebih baik daripada membaca satu kali khatam tanpa memahaminya"
Pertama kali sy khatam AlQuran ketika umur sy menginjak 12 tahun. Alhamdulillah, walau tidak sepantas rakan2 sedarjah yang lain, saya tamat Quran denganmampu memahahami beberapa maksud surah2 dan pengajaran dari isi Quran yang dibaca.
Saya menghabiskan separuh akhir AlQuran dan tamat khatam dengan ayah. Membaca Quran dgn ayah sgt santai namun dari segi bacaan tajwid dan sebutan makhraj tidak sedikit ayah ringankan.
Seingat saya dulu, setiap kali membaca Quran, saya baca dengan tergesa-gesa untuk cepat khatam. Setiap kali ayah membetulkan bacaan sy dan menghentikan bacaan sy utk ayah bercerita serba sedikit teladan tentang ayat yang dibaca, saya akan bermasam muka kerana ayah sudah 'mencuri masa' saya untuk cepat khatam.
Allah bersabda dalam surah Al-Qiyamah ayat 16:
"Janganlah engkau (Muhammad) gerakkan lidahmu (untuk membaca Al-Quran) kerana hendak cepat-cepat menguasainya"
Ayah kerap bacakan saya ayat ini, tapi mungkin ketika itu sy masih mentah untuk memahaminya. Tahun berlalu dan setiap kali sy khabarkan "sy khatam Quran lagi" pada ayah, umi akan mencelah "faham ke baca Quran tu?"
Terdiam saya mendengar pertanyaan umi. Memasuki zaman universiti tatkala dikelilingi rakan usrah serta kewajipan menghadiri kelas tajwid membuatkan saya terfikir kembali adakah saya memahami setiap ayat yang saya baca?
Adakah terkesan di hati segala ingatan Yang Esa kepada hamba sekerdil saya ini?
Jika kita hanya tahu membaca tapi tidak langsung memahaminya, bagaimana AlQuran itu dapat menjadikan kita Muslim/Muslimat yang lebih baik?
Kalau dalam bidang pekerjaan, kita sering merungut "tiada kenaikan gaji" walaupun sudah 5-6 tahun bekerja, kenapa pula kita mampu berlapang dada bila "tiada kenaikan/peningkatan dalam bacaan AlQuran" walaupun sudah berpuluh-puluh tahun kita hidup?
Terkesan saya dengan Kuliah Solat yang saya ikuti beberapa bulan yang lalu:
"Jangan tanya berapa kali kita boleh khatam Quran pada bulan ini, tahun ini. Tanyakan pada diri kita, berapa kali kita menangis ketika membaca AlQuran"
"Berapa kali kita menangis ketika membaca AlQuran?" - Soalan yang mampu membuat kita terdiam dan berfikir.
Mungkin sekali, mungkin 2 kali atau mungkin kita tertanya-tanya "Ada ke aku menangis bila baca AlQuran?"
Betul, Islam itu Mudah, Tapi Jangan Mengambil Mudah!
* Sila LIKE & SHARE entry ini jika anda rasa entry ini bermanfaat untuk anda dan orang lain yang turut membacanya. Semoga dengan perkongsian ini dapat menambah sedikit saham akhirat kita, dalam membantu menambah nilai hidup orang lain.
Salam Kejayaan Dunya Akhirat,
SMS | WhatApp | Telegram 011 3862 7699
mjbelle.order@gmail.com
FB Page: Dd The Mompreneur
* Alhamdulillah, kami telah berpindah ke rumah baru dengan kejayaan jualan kumpulan 2 Juta pada tahun 2017. Anda dijemput melawat mjbelle.com untuk dapatkan Ebook Kisah Kejayaan kami secara PERCUMA!
Dapatkan segera sebelum link ini ditutup :)
No comments:
Post a Comment