Caj Poslaju Parcel - #DdyTheMomPreneur #DdyTheMomPreneur: Caj Poslaju Parcel

14 Feb 2014

Caj Poslaju Parcel

Assalamualaikum,

Hari ini saya rasa nak share cara pengiraan caj poslaju yang betul bagi Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak. Dari dulu lagi sebenarnya, nak buat satu table lengkap caj poslaju sehingga 10 kg, tapi asyik bertangguh je.


Baru-baru ini adik saya, Timeless Lukman dapat tender menjual kerupuk ekor sapi untuk member Kelab Diet Atkins. Kami pun buat ulangkaji tentang caj poslaju berdasarkan rajah di www.pos.com.my.



Kami hanya tumpukan pada Zon 2, 4 dan 5. Contoh: Kita nak kirim barang seberat 2 kg ke Semenanjung/ Sabah-Sabah/ Sarawak-Sarawak. Maka, kita pilih Zon 2 dan lihat caj pos utk bacaan 500g pertama iaitu RM4.50.



Total untuk 2 kg ialah RM10.50. Kemudian kita kena tambah kiraan:

15% fuel surcharge/ surcaj bahanapi
10% handling charge/ caj pengendalian
6% GST/ cukai perkhidmatan kerajaan

15% dari RM10.50 = RM 1.60
10% dari RM10.50 = RM 1.05
6% dari RM10.50 = RM 0.63

Jumlah keseluruhan = RM 10.50 + 1.60 + 1.05 + 0.63 = RM 13.80

Jadi untuk memudahkan semua, Alhamdulillah setelah semalaman tekan kalkulator, akhirnya dapat kami siapkan satu table untuk caj poslaju sehingga 10 kg bagi Zon 2, 4 dan 5 :)



Ini pula table untuk jenis sampul dan kotak yang boleh digunakan untuk urusan pos berdasarkan berat barang.


In shaa Allah, semoga bermanfaat untuk semua ye :)



* Sila LIKE & SHARE entry ini jika anda rasa entry ini bermanfaat untuk anda dan orang lain yang turut membacanya. Semoga dengan perkongsian ini dapat menambah sedikit saham akhirat kita, dalam membantu menambah nilai hidup orang lain.


SMS | WhatApp | Telegram 011 3862 7699
mjbelle.order@gmail.com

* Alhamdulillah, kami telah berpindah ke rumah baru dengan kejayaan jualan kumpulan 2 Juta pada tahun 2017. Anda dijemput melawat mjbelle.com untuk dapatkan Ebook Kisah Kejayaan kami secara PERCUMA!

Dapatkan segera sebelum link ini ditutup :)

No comments:

Post a Comment

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnos apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi:

SMS |Whatsapp | Telegram 01138627699
Call: 09-744 6969
Email: mjbelle.web@gmail.com
Mary Jardin Kota Bharu Kelantan Branch Office
#DdyTheMomPreneur © . Designed by MaisarahSidi.com