#DdyTheMomPreneur #DdyTheMomPreneur
Impian Setiap Wanita

Impian Setiap Wanita

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang membaca blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Lama menyepi. Dari 80 000 page views, sekarang dah 200 000. Fuh, not bad untuk blog kecil ni kan?

Bisnes Baru

In shaa Allah setelah beberapa tahun dalam bisnes online, saya telah venture new business dengan kawan doktor di UIA.

Beliau adalah seorang doktor perubatan yang baru mengasaskan produk kecantikan yang bakal meletup dan menjadi fenomena di Malaysia!

13 Amalan RAHSIA Mempercepatkan Jodoh

13 Amalan RAHSIA Mempercepatkan Jodoh

Assalamualaikum,

Apa khabar semua pembaca DdyFedora? Saya mendoakan Allah swt sentiasa melimpahkan rahmat serta kasih sayangnya kepada kita semua.

Terima kasih kerana anda setia mengikuti blog DdyFedora. Walaupun agak lama menyepi, namun anda semua sentiasa dalam hati saya :)

Beberapa hari yang lalu, saya terjumpa Mutiara kata dari Ustaz Ebit Lew.

Siapa Ebit Liew?


Dahsyatnya Keajaiban Berbakti Kepada Ibu Bapa

Dahsyatnya Keajaiban Berbakti Kepada Ibu Bapa

Assalamualaikum,

Baru-baru ini saya terbaca kisah ini di Facebook. Kisah mengenai ganjaran kita berbuat baik pada ibu bapa. Dimana, perbuatan ini juga adalah sesuatu yang sangat dituntut dalam Islam dan sangat disukai Allah SWT.

Saya pernah membacanya satu tika dulu. Tapi, terdetik hati untuk berkongsi di sini. Semoga ada di kalangan pembaca yang pernah menyakiti hati ibu bapa, menderhakai ibu bapa atau 'penat' dalam menjalankan tanggungjawab berbakti kepada mereka, beroleh sedikit manfaat daripada kisah ini.

Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.

Ceritanya begini:

Kisah Lelaki Tua Berkain Pelikat Siri 4

Kisah Lelaki Tua Berkain Pelikat Siri 4

Assalamualaikum,


Selepas Jumaat, tatkala ramai jemaah bergegas pulang, saya duduk bersandar di dinding. Pada masa ini hamparan kain sumbangan sedekah dibuka. Duit kutipan dilonggok dan dibilang kira. Nyata banyak RM1, kadang-kadang RM5, jarang-jarang RM10 dan sekali-sekala ada not RM50.

Belakang saya ditepuk. Saya berpaling dan nyata ia Lelaki Tua Berkain pelikat yang namanya telah gah disebut ramai di alam maya.

"Belum balik", dia berkata sambil melabuh duduk di tepi saya. Tangannya menunjukkan pada kiraan duit yang diterima. "Alhamdulillah, masih ada tangan di atas yang mahu memberi.

Kisah Lelaki Tua Berkain Pelikat Siri 3

Kisah Lelaki Tua Berkain Pelikat Siri 3

Assalamualaikum,


Saya cari dia sepanjang bulan puasa. Selepas asar di tempat biasa. Dia tiada. Tidak ada lagi pada sudut tepi tiang di masjid.

Di mana dia? Apakah dia sakit? Atau pergi umrah.

Pagi tadi, dengan izin Allah jua saya temui dia. Tenang bersahaja. Kali ini berjubah. Selepas subuh dia ambil al Quran dan baca. Bacaan lancar dengan tajwid yang sedap didengar.

*Saya tidak boleh kata betul, kerana itu bukan bidang yang saya berpengetahuan.

Lama dia baca. 1 jam 26 minit. Lepas itu dia sambung solat, dari kejauhan saya perhatikan. 4 rakaat Dhuha




Kisah Lelaki Tua Berkain Pelikat Siri 2

Kisah Lelaki Tua Berkain Pelikat Siri 2

Assalamualaikum,


11. Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa.

Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa. (Kedai mula mula di mulut sahaja)

Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong. Sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia. Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya.

Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

Dato Roslan Ab Hamid
Kisah Lelaki Tua Berkain Pelikat Siri 1

Kisah Lelaki Tua Berkain Pelikat Siri 1

Assalamualaikum,

Salam 13 Ramadhan. Rasa sangat cepat masa berlalu. Terasa seperti baru semalam, saya mengucapkan "Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan" ketika azan magrib 1 Ramadhan yang lalu.

Terasa seperti ada seorang saudara baru yang ingin menumpang teduh di teratak usang kami untuk 30 hari 30 malam. Sungguh, kehadirannya sangat dinanti! 

Saya pasti ramai yang sudah membaca kisah seorang lelaki tua berkain pelikat yang sangat viral di alam maya sekarang. Kisah ini dinukilkan oleh seorang Jutawan Kata, Dato Roslan Ab Hamid.

Saya mula 'stalk' FB beliau ketika melihat Idea Talk Kelab 4 Pagi yang diasaskannya. Masha Allah, superb!

19 Perkara Yang TIDAK Membatalkan Puasa Dalam Bidang Perubatan

19 Perkara Yang TIDAK Membatalkan Puasa Dalam Bidang Perubatan

Assalamualaikum,

Semalam kami sekeluarga melawat nenek suami saya yang uzur di Subang. Beliau sedang dijaga oleh 2 orang anaknya yang tinggal di kawasan perumahan yang sama.

Salah seorang anaknya, juga merangkap makcik saya menghidap asma (lelah) yang agak teruk. Kadang-kadang beliau perlu menggunakan penyembur gas (inhaler) untuk meredakan lelahnya.

Penggunaan Inhaler Membatalkan Puasa?


Tetapi, semasa berpuasa beliau tidak menggunakan inhaler sebab pernah keluar fatwa sebelum ini yang inhaler akan membatalkan puasa. 
Tanya Dr Azizan Osman Episod 3

Tanya Dr Azizan Osman Episod 3

Assalamualaikum,

Sambungan dari Tanya Dr Azizan Episod 2


Kupasan berkaitan pinjaman perniagaan, pelaburan dan strategi menembusi pasaran masa kini.


Tanya Dr Azizan Osman Episod 2

Tanya Dr Azizan Osman Episod 2

Assalamualaikum,

Sambungan dari Tanya Dr Azizan Episod 1

Video credit to FB Page Azizan Osman


Bongkar Potensi Diri Anda!

1. Buat sesuatu atas dasar Allah SWT suka. Fikir kebaikan dan manfaat untuk orang lain. Akan ada orang yang suka dan tak suka, tapi kita fokus pada perkongsian manfaat.

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnos apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi:

SMS |Whatsapp | Telegram 01138627699
Call: 09-744 6969
Email: mjbelle.web@gmail.com
Mary Jardin Kota Bharu Kelantan Branch Office
#DdyTheMomPreneur © . Designed by MaisarahSidi.com