Senarai Barang Keperluan Bayi - #DdyTheMomPreneur #DdyTheMomPreneur: Senarai Barang Keperluan Bayi

13 Jun 2014

Senarai Barang Keperluan Bayi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, setelah kita tahu beberapa tips mudah untuk membeli barang keperluan, sekarang mari kita lihat pada senarainya pula ye. Bagi anda yang belum membaca tips tersebut, anda boleh layarinya di sini.

Saya bahagikan senarai kepada 3 bahagian iaitu:
  1. Senarai keperluan bayi
  2. Senarai keperluan ibu
  3. Senarai keperluan ibu dan bayi ke hospital (Beg Hospital)

Untuk senarai no 1 dan 2, anda boleh refer di SINI. Senarai ini ditulis oleh sepupu saya Amani. Credit to her for sharing this awesome list!

Saya pun refer list ni dulu sbb sangat terperinci, disertakan beberapa brand dan tempat yang sesuai utk mendapatkannya :)

Untuk senarai beg hospital pula, anda boleh refer di SINI. Credit to my sister in law for writing this list. Thanks Kakak Liyana! 

1. Senarai Keperluan Bayi

BabyWear

Ramai yang pesan kat saya beli sikit je baju 0-3 months atau 0-6 months. Sebabnya baby cepat membesar. Maka saya pun beli dalam 6 helai je tak silap. 3 baju siang, 3 baju malam.

End up tak cukup masa berpantang tu. Maka buat la penambahan sedikit last minute. Even Ahmad The Wise dah almost 2 years sekarang pun still boleh pakai baju 3-6 months. Yang ni brand Disney yang cutting sedikit besar.


Jadi kalau ada yang bertanya pendapat saya, saya akan pesan beli je dlm 14 helai - 7 siang, 7 malam. Sebab bagi saya walaupun bayi cepat membesar, still mereka ambil masa untuk membesar.

Orang-orang tua pun selalu pesan beli yang button depan sebab senang tak perlu sarung through kepala bayi yang masih lembut. Tapi saya beli juga a few  romper yang comel-comel plus ada dapat present size 0-6 months yang cutting kecil.

Cari yang tagless tickle-free necks dan mudah sarung. Paling senang cari yang necks kain lembut dan stretchable (mudah regang). Untuk rompers dan alat permainan bayi saya beli di sini.


Tak silap bayi ni umur 4 bulan masa ni, in Carters romper
 pakai mitten sbb dalam Tesco sejuk 

Saya juga tak galakkan beli baju yang lengan panjang terlampau banyak. Sebabnya walaupun bayi, mereka juga seperti kita - mudah berpeluh terutama ketika cuaca panas.

Beli extra lengan pendek pun ok, sebab kita akan balut/ bedung juga. In shaa Allah, takkan ada isu 'masuk angin' ke dengan syarat kita as parents rajinkan urut dan sapu minyak angin setiap kali lepas mandikan bayi comel kita. Boleh?

Bathing & Grooming

Untuk mandikan bayi, saya beli bersama infant baby support. Macam dalam gambar ni tapi tak exactly macam ni. Brand 'Baby Love' yang materialnya lembut macam dalam gambar ni.


Pengalaman saya sendiri yang memandikan bayi seawal 20 hari berpantang. Memang senang nak mandikan dengan ada baby support ni. Dengan keadaan kita sendiri yang masih belum cergas sepenuhnya, baby support made it easy :)

Untuk mandian, saya prefer beli 2 in 1 baby bath + shampoo. Sekali picit, boleh bersihkan from top to toe. Tak guna bath sponge pun. Brand yang saya dan Ahmad The Wise suka is Pureen.

Minyak yang saya sapu seluruh badan untuk urut dan bagi bayi selesa adalah Minyak Telon. Minyak ni Dr Siti (my gynae) yang bagi dalam set lepas bersalin. Saya suka jenama Cap Gajah sebab pernah cuba jenama lain, bau tak berapa best macam brand ni.


Saya pakai yang belah kanan sekali. Tahan sampai Ahmad The Wise umur setahun banyak tu. Jimat kan? Dapat free lagi, Alhamdulillah..

Nappy & Changing

Ramai kawan-kawan yang tanya saya pakaikan Cloth diaper (CD) atau disposable diaper (DD) pada Ahmad The Wise. Honestly, now saya lebih banyak guna DD.

Yes, my mission is towards go green. Mestilah, Shaklee pun Go Green kan? Tapi dengan keadaan Ahmad The Wise yang selalu struggle setiap kali nak pakai diaper, make it hard for me to CDing him.


6-month-old Ahmad The Wise wearing SmartBaby CD

Nasihat saya untuk ibu baru, dalam 1-2 bulan pertama boleh guna DD dahulu. Sebab dalam 1 bulan pertama, aktiviti nyahtinja bayi sangat aktif. Saya sendiri guna 6-7 DD setiap hari.

Pilih 1 brand dalam kuantiti yang sedikit. Saya mulakan dengan Drypers 24 pcs Newborn. Tengok Ahmad The Wise selesa, no rashes jadi saya teruskan sehingga habis berpantang.

Ada kes kawan saya yang bayinya tak sesuai dengan semua brand. Naik rashes yang sangat teruk. Maka, beralih kepada CD adalah penyelesaian terbaik. Maka boleh sediakan 4-5 CD as emergency plan.

Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut tentang CD dan cara basuhannya, anda boleh baca di sini. Jika ingin mendapatkan pakej CD dengan harga berbaloi, boleh contact my sister in law di page FB kami; Butik Al Mumtaaz.

Feeding

Saya berharap semua ibu yang membaca entry saya mempunyai niat untuk fully breastfeed anak masing-masing sehingga mereka berumur 2 tahun. Kenapa? Yang tu In shaa Allah akan saya tulis full entri mengenai kisah yang telah diceritakan dalam Quran.

Kadang-kadang saya sedih bila ada yang bagitahu, "Anak saya taknak susu saya". Bayi bukan taknak tapi kita kena faham mechanism dan physiology susu ibu tu macam mana.

Bukan sekali squeeze macam susu botol, terus keluar susu. Maka ibu-ibu hebat semua, sila lengkapkan ilmu tentang penyusuan ye. 


If only people know that no lab can create formula milk that is superb as breastmilk, then they will do everything to ensure that their babies get only the best!

Haa, kan dah panjang. Nak cerita saya dulu beli dlm 3, 4 botol susu. Untuk store susu yang yang dipam dan botol kecil isi air zam-zam. Untuk working mothers, mungkin dalam 20 bottle dengan tambahan double zip lock storage bags.

Nursery

Yang ni bergantung kepada ibubapa, samada anda nak praktis bayi tidur sendiri atau tidur bersama dengan anda (co-sleeping). Kami sehingga sekarang co-sleeping bersama Ahmad The Wise. Anda boleh baca sedikit pengalaman saya di sini.

Set bantal pun ambil yang zaman Umi saya berpantang. Ahmad The Wise pun tak tidur berbantal sebab kami ajar tidur freefall position, ataupun mengiring ke kanan. 

Kenapa tidur meniarap? Sebabnya ini yang dinasihatkan kepada kami oleh Dato' Dr. Noor Laily, seorang Pakar Kanak-Kanak di Klinik Nury (Bukit Antarabangsa).

Menurut beliau, kadar oksigen di otak lebih tinggi di posisi meniarap apabila bayi tidur, yang menggalakan sel otak bergabung dengan lebih aktif untuk tumbesarannya.

Asalnya saya bimbang juga pasal isu SIDS (sudden infant death syndrome) yang kebanyakannya berlaku sebab bayi tidur meniarap. Tetapi setelah kami aplikasi kan sendiri, memang ini posisi yang terbaik untuk Ahmad The Wise tidur lebih selesa.


Dalam gambar ni, Ahmad The Wise umur 5 bulan. Dia boleh meniarap seawal 3 bulan dan mula rolling badan seawal 5 bulan. Yang berbalut tu sepupunya, Wildan. Juga tidur meniarap seawal 1 hari mengenal dunia.

Tak ramai yang berani tidurkan bayi secara meniarap. So far kami dah aplikasikannya berdasarkan saranan seorang Pakar and the outcome is good. Jadi jika anda mahu praktikkan juga, saya sangat-sangat mengalu-alukannya.

Travel

Untuk travel kami tak belanja banyak. Sebab saya dapat redeem point BonusLink card untuk dapatkan baby car seat dan baby carrier.

Car seat pun ada jenis-jenisnya juga. Ada yang boleh digunakan sehingga bayi 1 tahun dan yang lagi satu bertahan sehingga kanak-kanak seberat 30kg. Brand yang bagus bagi saya adalah Maxi-Cosi, Britax dan Infasecure.


Maxi-Cosi Priori Infant Car Seat

Baby Carrier pun sebaiknya anda memilih yang soft-structured carrier (SSC). Bagaimana memilih carrier yang terbaik, anda boleh baca di sini. Anda juga boleh join FB group Malaysian Babywearers untuk membaca sharing serta testimony.

Saya sendiri dah lama tak pakai carrier, but I wish for one comfy SSC very soon :) Some of my favorite SSC are Snuggbaby, Boba and Tugeda. Anda juga boleh dapatkan carrier dari jenis ringsling, mei-thai, wrap or even batik lepas :) . Neat SSC from NeezaNeedles pun mcm bagus juga! :)

Selalunya bila anda singgah a few mom & baby shop, mereka akan bagi sesi percubaan any carrier. Just make sure the comfort level achieved and the natural seating position macam dalam gambar ni.



Stroller pula Puan MunMun & friends yang hadiahkan till we bought ourself the Quinny Zapp Xtra 1.0 masa Ahmad The Wise umur 1 tahun. Senang nak travel sebab lightweight and compact.


Seronok dia tidur haa..

Masa kami beli tu, dah keluar yang 2.0 tapi harga RM 2K+. Kami budget below RM1.5K sahaja jadi we just go with 1.0. Yang pastinya 2.0 lagi best! Boleh fit travelling bag, senang sangat nak fold :)


Selain tu, BabyZen Yoyo Stroller juga bagus sebab boleh fold macam handbag! Boleh view video di sini :)

Laundry

Untuk sabun basuh baju, saya beli Pureen ABD. Rasa ada dalam 20 kali je basuh dengan sabun ni. Then terus campur dengan baju kami.

Saya sedang menanti stok Get Clean saya sampai. Set ni terdiri daripada pencuci pinggan mangkuk, pencuci dan pelembut pakaian, pencuci rumah dan juga water pitcher.

Kenapa Get Clean? Sebab bukan toksik dan klorin, hipoallergenik, formula pekat, bebas bauan, lembut pada tangan dan yang paling bagus 100% semulajadi!

Kan semua ciri-ciri ni bagus untuk basuhan baju bayi tanpa bahan kimia berbahaya?


Dan yang pasti lepas ni untuk basuhan baju saya akan gunakan Get Clean Fresh Laundry yang mesra alam ini :)


Saya dah calculate. 1 kotak tahan untuk 88 basuhan. 1 basuhan RM 0.72. Kekerapan saya basuh baju 3 kali seminggu. Jadi 1 kotak tahan 7 bulan! Wah, lama tu.. Alhamdulillah, finally jumpa set untuk cost-saving dan go green :)

Ok, sekarang marilah kita berhijrah ke senarai keperluan ibu pula ye. Kalau ada mana-mana yang tak clear, boleh pm saya ye :)


*Sila LIKE & SHARE entry ini jika ia bermanfaat untuk anda. Semoga dengan perkongsian anda dapat menambah nilai hidup lebih ramai kawan-kawan anda yang dalam proses menjadi ibubapa terbaik untuk anak-anak comel mereka :)


SMS | WhatApp | Telegram 011 3862 7699
mjbelle.order@gmail.com

* Alhamdulillah, kami telah berpindah ke rumah baru dengan kejayaan jualan kumpulan 2 Juta pada tahun 2017. Anda dijemput melawat mjbelle.com untuk dapatkan Ebook Kisah Kejayaan kami secara PERCUMA!

Dapatkan segera sebelum link ini ditutup :)

1 comment:

  1. The King Casino | Situs Judi Slot Online Terbaik 2021
    Play online Pragmatic Play Slots at 1xbet korean The King Casino https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ - Member https://septcasino.com/review/merit-casino/ Baru & Terpercaya 2021! https://septcasino.com/review/merit-casino/ Rating: 98% 출장마사지 · ‎240,388 votes

    ReplyDelete

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnos apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi:

SMS |Whatsapp | Telegram 01138627699
Call: 09-744 6969
Email: mjbelle.web@gmail.com
Mary Jardin Kota Bharu Kelantan Branch Office
#DdyTheMomPreneur © . Designed by MaisarahSidi.com