Isteri Solehah hingga ke Penghujung Usia - #DdyTheMomPreneur #DdyTheMomPreneur: Isteri Solehah hingga ke Penghujung Usia

15 Apr 2014

Isteri Solehah hingga ke Penghujung Usia

Assalamualaikum semua,

Beberapa minggu sudah, saya dan suami menziarahi ibu mertua kakak saya (Aunty) yang kehilangan suami akibat masalah ketika proses hemodialisis di hospital.

Sebelum ini Allahyarham menjalani dialisis di rumah. Tetapi disebabkan eksiden jatuh di rumah dan problem with the tubes, makanya proses memerlukan kawalan di hospital.

Pada hari itu menurut kakak, setelah selesai proses Allahyarham meminta sedikit air. Setelah minum, Allahyarham semput, collapse dan pergi mengadap Ilahi.. Innalillah.

Sepanjang 2 tahun kakak berkahwin, seingat saya hanya 4 kali saya pernah pernah bertemu Arwah. Arwah berumur 72 tahun, menghidap diabetis dan juga perlu menjalani proses dialisis disebabkan kegagalan buah pinggang.

Ketika hendak pulang, saya peluk Aunty dan bisikkan ke telinganya,

"Uncle orang yang baik, semoga dia ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Aunty banyakkan bersabar ye.."

Ada genangan air mata di kelopak matanya. 40 tahun hidup bersama, pastinya Aunty bersedih dengan pemergian ini, namun In shaa Allah dapat diubati dengan lebih mendekatkan diri kepadaNya..

Semoga penat lelahnya selama menjaga Uncle telah cukup untuknya merasa puas. Puas dengan usahanya sebagai isteri dan redha dengan apa yang berlaku. Terus terang saya katakan, Aunty adalah wanita yang tabah. Melayan dan menjaga pesakit seperti Uncle bukan 1 perkara yang mudah.


Menjadi isteri juga sebenarnya bukan mudah. Di awal perkahwinan, kita melihatnya sebagai gerbang cinta yang penuh kasih sayang. Setelah memasuki 15 tahun perkahwinan (fasa ke-3), perasaan kasih sayang itu selalunya ditukar ganti kepada perasaan setia dan penghargaan kepada pasangan yang sudi menerima kita di saat baik dan buruk kita.

Perkahwinan adalah sebuah medan perjuangan. It is not at all like in the movies, and definitely not a bed of roses. Banyak perngorbanan yang harus dilakukan.


Alang-alang dah susah, biarlah mendapat hasil yang lumayan di akhirat yang kekal abadi, kerana Rasulullah SAW bersabda,

"Perempuan apabila sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki."

Kerana isteri solehah itu, namanya menjadi perbualan penduduk langit, matinya menjadi ketua bidadari syurga.


* Sila LIKE & SHARE entry ini jika anda rasa kisah ini bermanfaat untuk anda dan orang lain yang turut membacanya. Semoga dengan perkongsian ini dapat menambah sedikit saham akhirat kita.


Salam Kejayaan Dunia Akhirat,

SMS | WhatApp | Telegram 011 3862 7699
mjbelle.order@gmail.com

* Alhamdulillah, kami telah berpindah ke rumah baru dengan kejayaan jualan kumpulan 2 Juta pada tahun 2017. Anda dijemput melawat mjbelle.com untuk dapatkan Ebook Kisah Kejayaan kami secara PERCUMA!

Dapatkan segera sebelum link ini ditutup :)

No comments:

Post a Comment

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnos apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi:

SMS |Whatsapp | Telegram 01138627699
Call: 09-744 6969
Email: mjbelle.web@gmail.com
Mary Jardin Kota Bharu Kelantan Branch Office
#DdyTheMomPreneur © . Designed by MaisarahSidi.com