SALAM RABI'ULAWWAL 1435H - #DdyTheMomPreneur #DdyTheMomPreneur: SALAM RABI'ULAWWAL 1435H

14 Jan 2014

SALAM RABI'ULAWWAL 1435H

Hari ini tanggal 12 Rabi'ulawwal 1435H, hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Tahu tak kenapa tahun kelahiran Rasulullah dipanggil Tahun Gajah?

Adalah kerana,


 Rasulullah lahir pada tahun yang sama dengan tahun berlakunya peristiwa Tentera Bergajah Abrahah yang datang untuk memusnahkan Ka'abah tetapi dikalahkan oleh Tentera Burung Ababil yang dihantar oleh Allah SWT iaitu pada tahun 571 Masihi.

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, -Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras. Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat." - Surah Al-Fiil (105)
Marilah sama2 kita berselawat pada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Kenang kembali pengorbanan baginda untuk memperjuangkan Islam dan lihat kembali sejauh mana kita martabatkan Islam dalam kehidupan kita. Sekiranya baginda ada bersama kita saat ini, adakah beliau akan bangga dengan kita?

Saat melihat final Mimbar Pencetus Ummah minggu lalu, saya terkesan dengan dakwah PU Hafiz tentang Rasulullah SAW. Seperti komen Hjh Habsah/ Abby Fana "Hafiz buat saya rindu pada Rasulullah.."



Ya Rasulullah, kami rindu padamu.. :'(



Salam Kejayaan Dunya Akhirat,


SMS | WhatApp | Telegram 011 3862 7699
mjbelle.order@gmail.com

* Alhamdulillah, kami telah berpindah ke rumah baru dengan kejayaan jualan kumpulan 2 Juta pada tahun 2017. Anda dijemput melawat mjbelle.com untuk dapatkan Ebook Kisah Kejayaan kami secara PERCUMA!

Dapatkan segera sebelum link ini ditutup :)

No comments:

Post a Comment

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnos apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi:

SMS |Whatsapp | Telegram 01138627699
Call: 09-744 6969
Email: mjbelle.web@gmail.com
Mary Jardin Kota Bharu Kelantan Branch Office
#DdyTheMomPreneur © . Designed by MaisarahSidi.com