Dahsyatnya Keajaiban Berbakti Kepada Ibu Bapa - #DdyTheMomPreneur #DdyTheMomPreneur: Dahsyatnya Keajaiban Berbakti Kepada Ibu Bapa

27 Aug 2014

Dahsyatnya Keajaiban Berbakti Kepada Ibu Bapa

Assalamualaikum,

Baru-baru ini saya terbaca kisah ini di Facebook. Kisah mengenai ganjaran kita berbuat baik pada ibu bapa. Dimana, perbuatan ini juga adalah sesuatu yang sangat dituntut dalam Islam dan sangat disukai Allah SWT.

Saya pernah membacanya satu tika dulu. Tapi, terdetik hati untuk berkongsi di sini. Semoga ada di kalangan pembaca yang pernah menyakiti hati ibu bapa, menderhakai ibu bapa atau 'penat' dalam menjalankan tanggungjawab berbakti kepada mereka, beroleh sedikit manfaat daripada kisah ini.

Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.

Ceritanya begini:




Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.


Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru 
tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik.


Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.

Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya. Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu? Pelajar tersebut menceritakan, 

“Semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya.


Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.


Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan! Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya."

Allahuakbar! Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa BESARnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling disukai Allah SWT.


Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua. Masha Allah, sungguh Allah akan memberi balasan yang terbaik kepada mereka yang sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa.

Tambahan pula, bila kita diberikan peluang untuk menjaga ibu bapa kita yang sudah uzur. Sentiasalah bersyukur kerana kita adalah insan yang terpilih untuk mendapat anugerah Allah SWT ini.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa itu lebih utama daripada berjihad di medan perang. Diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim, ibnu Umar berkata:

Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW, "Apakah perbuatan yang paling disukai Allah?" Lalu Baginda bersabda, "Sembahyang pada waktunya."

"Kemudian apa?" Tanya saya lagi. Baginda menjawab, "Berbakti kepada kedua ibu bapa."

Saya bertanya: "Apa lagi?" Jawab Baginda, "Berjihad pada jalan Allah."

Teringat cerita seorang kawan yang menjaga arwah datuk suaminya yang uzur. Anak-anak si datuk semua tak mahu menjaga. Datang jenguk pun jarang sekali. Ada yang sampai mahu menghantar si pakcik tua ini ke rumah orang tua!

Astaghfirullah, Naudzubillah! Sedihnya rasa hati.. Apa perasaan kita jika anak kita pula yang mahu menghantar kita ke rumah orang-orang tua kelak?

Adakah kita akan menyalahkan anak-anak sedangkan kita juga berbuat perkara yang sama kepada ibu bapa kita sendiri?

Betullah kata pepatah, "Seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anak, namun 10 orang anak BELUM mampu untuk menjaga seorang ibu"

Maka, saya menyeru kepada para pembaca yang masih mempunyai ibu dan bapa, jagalah mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka telah membesarkan kita sehingga berjayanya kita pada hari ini.


Doakan agar Allah memanjangkan umur mereka dalam kesihatan baik. Agar itu menjadi satu peluang untuk kita terus berbakti kepada mereka. Mencari saham akhirat kita bagi mencari keredaan Allah sebelum jasad mereka dipanggil Ilahi..

Saya doakan saya mempunyai masa yang cukup untuk berbakti kepada ibu bapa saya serta mertua. Juga untuk para pembaca, semoga kita dapat menggunakan kesempatan yang ada sebelum saat semakin suntuk.

Kerana percayalah betapa ramai anak-anak yang menangis meratap di pusara ibu dan bapa masing-masing, kerana merasakan mereka tidak 'memberikan' yang terbaik sepanjang usia mereka.. 

Namun, segalanya sudah cukup terlambat..


"Ya Allah, Ya Tuhan Kami! Ampunilah dosa kami serta dosa ibu bapa kami Ya Allah. Tempatkanlah kami di kalangan orang-orang yang mendapat rahmatMu di akhirat kelak.

Dan berikanlah kami peluang untuk berbakti kepada keduanya dengan sebaik usaha kami. Kerana mereka telah mendidik serta menyayangi kami dengan penuh kasih sayang semenjak kami kecil, sehingga berjayanya kami pada hari ini. 

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Berkatilah kami dan Makbulkan doa kami ini Ya Rahman Ya Rahim.. Ameen Ya Rabbal Alamin"


* Sila LIKE & SHARE sekiranya entri ini bermanfaat untuk anda. Semoga ianya dapat menjadi pencen kubur kita dalam memberi kesedaran kepada rakan-rakan tentang besarnya ganjaran berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita.



SMS | WhatApp | Telegram 011 3862 7699
mjbelle.order@gmail.com

* Alhamdulillah, kami telah berpindah ke rumah baru dengan kejayaan jualan kumpulan 2 Juta pada tahun 2017. Anda dijemput melawat mjbelle.com untuk dapatkan Ebook Kisah Kejayaan kami secara PERCUMA!

Dapatkan segera sebelum link ini ditutup :)

No comments:

Post a Comment

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnos apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi:

SMS |Whatsapp | Telegram 01138627699
Call: 09-744 6969
Email: mjbelle.web@gmail.com
Mary Jardin Kota Bharu Kelantan Branch Office
#DdyTheMomPreneur © . Designed by MaisarahSidi.com