April 2014 - #DdyTheMomPreneur #DdyTheMomPreneur: April 2014
Bisnes Itu Mudah, Mesti ada M.E.S.T.I!

Bisnes Itu Mudah, Mesti ada M.E.S.T.I!

Assalamualaikum, 

"Ya Allah, Tuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Memberi kepada hamba-hambaNya. Temukanlah aku dengan orang-orang yang boleh merubah hidupku ke arah yang lebih baik. Temukanlah aku dengan orang yang boleh meningkatkan imanku supaya aku boleh menjadi insan yang lebih bertaqwa."

Ya, inilah adalah doa yang selalu saya baca. Dan saya sering menasihatkan sahabat-sahabat saya untuk mendoakan perkara yang sama.

Sahabat-sahabat saya mostly terdiri dari kaum ibu yang mengalami dilema untuk meninggalkan anak di nursery, kerap outstation, PJJ  dan sedang dalam usaha memulakan bisnes online untuk mengukuhkan ekonomi keluarga bagi persedian mereka untuk WAHM (working-at-home-mom) kelak.
 Isteri Solehah hingga ke Penghujung Usia

Isteri Solehah hingga ke Penghujung Usia

Assalamualaikum semua,

Beberapa minggu sudah, saya dan suami menziarahi ibu mertua kakak saya (Aunty) yang kehilangan suami akibat masalah ketika proses hemodialisis di hospital.

Sebelum ini Allahyarham menjalani dialisis di rumah. Tetapi disebabkan eksiden jatuh di rumah dan problem with the tubes, makanya proses memerlukan kawalan di hospital.

Pada hari itu menurut kakak, setelah selesai proses Allahyarham meminta sedikit air. Setelah minum, Allahyarham semput, collapse dan pergi mengadap Ilahi.. Innalillah.

Sepanjang 2 tahun kakak berkahwin, seingat saya hanya 4 kali saya pernah pernah bertemu Arwah. Arwah berumur 72 tahun, menghidap diabetis dan juga perlu menjalani proses dialisis disebabkan kegagalan buah pinggang.

Ketika hendak pulang, saya peluk Aunty dan bisikkan ke telinganya,
Jangan Pernah Takut untuk Ambil Langkah Pertama

Jangan Pernah Takut untuk Ambil Langkah Pertama

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Alhamdulillah, April sudah menjengah dan saya juga sudah bersiap sedia dengan target baru untuk dicapai penghujung bulan ini.

Dalam hidup atau bisnes, kita perlu ada target khusus yang ingin dicapai. Print dan tampal di meja kerja kita. Baca berkali-kali, maka tindakan dan semangat kita semakin 'dihantui' untuk mencapai target itu.



Alhamdulillah, closing bulan March lalu adalah closing yang hebat untuk group Jutawan Shaklee saya kerana hampir 6 orang Masters baru selamat dilahirkan (Master adalah pangkat tertinggi dalam Shaklee sebelum pangkat Presidential Master).

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua leaders yang berjaya naik rank dan new leaders born in Jutawan family especially in my MFMS (Maria Firdaus' Millionaire in Shaklee) Group.

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnos apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi:

SMS |Whatsapp | Telegram 01138627699
Call: 09-744 6969
Email: mjbelle.web@gmail.com
Mary Jardin Kota Bharu Kelantan Branch Office
#DdyTheMomPreneur © . Designed by MaisarahSidi.com