Hebatnya Kuasa Restu Ibu Bapa - #DdyTheMomPreneur #DdyTheMomPreneur: Hebatnya Kuasa Restu Ibu Bapa

8 Dec 2013

Hebatnya Kuasa Restu Ibu Bapa

Credit to Honey Nasehah Official

Semasa saya menulis entri kali ini, kami sering kali menerima beberapa soalan yang berbentuk:


"saya dah buat macam-macam, tapi tak ada juga orang nak beli"

"saya susah sangat jual benda ni"

"saya dah macam nak give up dah, tapi nak jadi macam akak"

"saya dah penat nak promote, buat 8 kali status pun tak ada respond"

Sebenarnya cuba semak kembali kenapa jadi sedemikian? Kenapa usaha anda tiada siapa yang ingin memberi perhatian kepada anda. Kenapa orang lain boleh buat dan kenapa "aku" tak boleh buat.

Lama kelamaan kita akan rasa lemah akibat tidak ada respon dan pembelian dari prospek anda setelah usaha gigih anda setiap hari dan seterusnya anda akan BERHENTI dan MENGALAH.

Soalan utama yang kami nak tanya, adakah anda BERITAHU kedua Ibu Bapa anda bahawa anda telah menceburi dunia perniagaan online? Kalau ya, bagus dan bagaimana respon dari mereka? Adakah mereka bersetuju agar anda terlibat dalam dunia perniagaan online?

Jika jawapannya ya juga. Minta restu dan doa dari mereka berdua agar rezeki yang anda terima itu berkat dan dapat membantu mereka dengan hasil yang anda perolehi.

Bagaimana dengan anda yang tidak BERITAHU kedua Ibu Bapa anda? 


Sebenarnya ini amat BAHAYA kerana walaupun sehebat mana kita dalam dunia bisness ini sekalipun jika kita tidak beritahu mereka yang kita sudah masuk ke dalam dunia perniagaan ini, dikhuatiri rezeki kita tidak berkat walaupun kita mampu untuk ubah kehidupan dengan hasil yang diterima. 

Mintalah restu dari mereka dan mintalah doa dari mereka berdua dan dalam masa yang sama kita juga memohon kepada Allah SWT agar dibukakan hati kedua Ibu Bapa kita agar dibukakan hati untuk menerima anjakan paradigma yang kita lakukan. 

Sebenarnya Bangsa Melayu kita sejak Merdeka lagi sehingga sekarang kita telah di "pasak" dengan mentaliti "kalau nak kaya, kerja bagus-bagus, kerja kuat-kuat" dan mentaliti itu dibawa sehingga sekarang dan sememangnya mereka iaitu kedua Ibu Bapa mahukan anak mereka kerja yang bagus-bagus untuk bantu mereka semula. 


Namun apa yang terjadi sekarang, ramai di antara kita sudah mula untuk mencari tambahan pendapatan selain bekerja untuk menampung desakan hidup dan juga ingin membantu kedua Ibu Bapa kita.

Tugas kita sekarang adalah untuk fahamkan mereka kenapa kita harus berubah hidup dengan memulakan perniagaan dan mintalah restu dari mereka, berkat doa dari mereka.


Percayalah dengan restu dari kedua Ibu Bapa, hati anda semua akan tenang, dan seterusnya anda akan rasa sendiri perubahan dalam hidup anda, dalam bisness anda dan seterusnya perubahan dalam bentuk kewangan anda. 

Apabila telah berlaku perubahan tersebut, jangan lupa berilah sebahagian yang kita terima kepada Ibu Bapa kita. Dengan pemberian itu secara tidak langsung akan membuatkan mereka gembira.

Dulu kami suami isteri memulakan perniagaan atas desakan hidup untuk mengubah sumber kewangan dan kebahagiaan, namum ia tidak semudah yang disangka.


Ibu Bapa kami menyuruh kami mencari kerja tetap kerana dalam pemikiran mereka pada waktu itu kalau ekonomi Negara jatuh terjunam sekalipun, saya masih dapat GAJI. 



Kami tidak mahu dan kami tetap tegas dengan keputusan kami untuk memulakan bisness online dan kami mohon restu dan keberkatan dari kedua Ibu Bapa kami, walaupun dalam hati mereka tidak beberapa setuju dengan keputusan kami.


Hari demi hari kami berdoa agar Allah SWT bukakan hati mereka dan pada masa yang sama, kami berusaha bersungguh-sungguh dan hasil setiap bulan kami berikan sebahagian kepada mereka dan gembirakan hati mereka.


Kami buat selalu dan akhirnya Ibu kami sendiri yang menyuruh adik beradik kami ikut jejak langkah kamiBukan itu sahaja, malah kami sendiri mendapat sumber modal dari Ibu kami sendiri dalam usaha memperkembangkan perniagaan online ini.

Lihat bagaimana hebatnya kuasa restu ini. Masya Allah, Allahu Akbar.


Bagi anda yang baru memulakan perniagaan, nasihat kami kepada anda semua adalah bagi tahu lah kepada kedua Ibu Bapa anda bahawa anda telah masuk dalam dunia bisness online.

Mohon restu dari mereka, doakan mereka setiap hari, dan apabila dapat hasil, berikan sebahagian daripadanya kepada mereka dengan beri lebih dari selalu. Buat mereka gembira.

Insya Allah mereka akan sedar dan hargai setiap usaha anda dan akhirnya mereka sendiri yang mahu bisness. Mana tahukan...



Berapa ramai di antara anda belajar sesuatu melalui perkongsian ini?
Katakan "saya sayang ibu bapa saya"



* Sila LIKE & SHARE entry ini jika anda rasa entry ini bermanfaat untuk anda dan orang lain yang turut membacanya. Semoga dengan perkongsian ini dapat menambah sedikit saham akhirat kita, dalam membantu menambah nilai hidup orang lain.



Salam kejayaan Dunya Akhirat,


SMS | WhatApp | Telegram 011 3862 7699
mjbelle.order@gmail.com

* Alhamdulillah, kami telah berpindah ke rumah baru dengan kejayaan jualan kumpulan 2 Juta pada tahun 2017. Anda dijemput melawat mjbelle.com untuk dapatkan Ebook Kisah Kejayaan kami secara PERCUMA!

Dapatkan segera sebelum link ini ditutup :)

No comments:

Post a Comment

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnos apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi:

SMS |Whatsapp | Telegram 01138627699
Call: 09-744 6969
Email: mjbelle.web@gmail.com
Mary Jardin Kota Bharu Kelantan Branch Office
#DdyTheMomPreneur © . Designed by MaisarahSidi.com