Ads 468x60px

Friday, 8 August 2014

Shaklee Beli Tomato dari Israel?!



Assalamualaikum, 


Salam 12 Syawal kepada semua pembaca DdyFedora yang saya kasihi. 


Bagaimana dengan tarbiyyah Ramadhan yang lalu? Saya doakan semoga semua amalan kita diterimaNya. Dan semoga semua amalan tersebut berkekalan sehingga kini, bukan setakat ambil berkat bulan Ramadhan sahaja ye?

Alhamdulillah, 2 hari yang lepas Zionis Israel akhirnya mengaku kalah dan berundur dari Tanah Suci Gaza di Palestin.

Kali pertama dalam sejarah dunia, Zionis mengaku kalah dengan tentera al-Qassam. Hamas yang tidak punya senjata canggih berharga billion ringgit tapi mereka mempunya JIWA yang subur dengan agama.

Tapi ingat, peperangan kita dengan Zionis belum berakhir melalui perang BOIKOT.

Mari kita lakarkan pula SEJARAH DUNIA yang Israel akan mengalami kelumpuhan ekonomi dengan kuasa kita sebagai pengguna dan pembeli!

Shaklee Dan Israel

Bercakap pasal BOIKOT, sebulan dua ni juga HOT dengan isu Shaklee menyumbang dana kepada Israel. Betul ke? Anda boleh membaca pencerahannya di SINI

Setelah Shaklee keluarkan official statement tentang isu tersebut, maka telah jelas yang ianya TIDAK BENAR sama sekali. Yakni, Shaklee tidak menyumbang sebarang dana kepada Israel.

Shaklee dan Tomato Israel

Tiba-tiba ada pula isu tentang Shaklee membeli bahan mentah Tomato/ Lycopene (Likopena) untuk produk Carotomax yang dikatakan dibeli daripada Israel.


Untuk pengetahuan semua, Carotomax adalah salah satu suplemen Shaklee yang memberikan pelindungan antioksidan yang kuat. Ia membantu dalam pertumbuhan normal organ badan, penglihatan, kesihatan kulit serta membantu untuk kesihatan serviks, prostat, kitaran jantung dan sistem imun.

Lycopene dalam Carotomax dari Tomato Non-GMO Israel?

Para Saintis Shaklee telah mencari di seluruh dunia untuk menyediakan ENAM ramuan Carotene (antioksidan) terkuat yang berada di beberapa buah negara.

Dan salah satunya adalah Lycopene (Likopina) yang diwar-warkan telah dihasilkan dari buah tomato non-GMO oleh Israel.

Yang tengah bersemangat boikot ni apa lagi, lagi nak mengaum la jadinya kan? Dah lah Israel ni merampas tanah Palestin. Diorang tanam tomato dan supply pada Shaklee pulak?

Tapi yang suka memboikot dengan label keyboard warrior ni juga selalunya bersikap suka main terjah. Mereka tak suka selidik bertanya pada yang arif mengenai sesuatu isu.

Maka, sekali lagi kami sebagai pengedar Shaklee (SID) cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak Shaklee Management tentang isu ini, walaupun kami dah tahu

Kenyataan Shaklee Management 

Alhamdulillah, berdesup dapat jawapannya:


Shaklee TIADA KAITAN dengan Israel atau Palestin

"We confirm that Shaklee has no active business presence or distributors in, and DOES NOT PURCHASE ingredients or packaging from any company based in either Israel or Palestine."

Maksudnya:

"Kami mengesahkan bahawa Shaklee tidak mempunyai kehadiran perniagaan aktif atau pengedar dalam, dan TIDAK MEMBELI bahan atau pembungkusan dari mana-mana syarikat yang berpangkalan sama ada di Israel atau Palestin."

Syukur Alhamdulillah, akhirnya isu ini juga telah terjawab dengan jelas.

Gunakanlah produk Shaklee tanpa WAS-WAS. Saya mewakili seluruh SID juga dapat menarik nafas lega kerana kami sangat yakin yang Shaklee memang TIADA sebarang pertalian dengan Zionis Israel ini.

In shaa Allah semoga sentiasa ada bahagian untuk saudara seIslam di Palestin sana melalui bonus Shaklee yang kami perolehi setiap bulan.

Isu Baru Berkenaan CEO Shaklee Corp dan Israel

Pagi ini juga ada lagi satu isu menarik yang berkaitan Shaklee-Israel ni. Nak tahu isu apa? Tunggu kupasannya di DdyFedora nanti ye.

"Boikot dengan ILMU, Bukan dengan EMOSI semata-mata"



* Jika anda rasa pencerahan ini dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan anda yang lain, mohon anda tekan LIKE & SHARE. Semoga kita dapat memanjangkan lagi pencen kubur kita, Ameen..



Hayati kisah benar kejayaan seorang Engineer Terpaksa Berhenti Kerja Selepas 6 bulan menjalankan Online Bisnes.

Ikuti RAHSIA bagaimana beliau menghasilkan jualan RM 1 JUTA dalam tempoh 9 bulan dengan 'Zero Cost Marketing' selepas mengikuti Seminar Dr Azizan Osman.

Kisah ini telah mendapat sambutan 15,000 orang pembaca. Dapatkan segera sementara ia masih PERCUMA. Download percuma di gambar ebook di bawah.


Shaklee ID: 1107170
Pengedar Shaklee TERBESAR KOTA BHARU, KELANTAN
SMS | WhatApp | Wechat | Telegram 0148393208
 

Disclaimer I

Sebarang pertanyaan & khidmat nasihat, hubungi:

SMS | WhatsApp | WeChat
0148393208/ 0176082225

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnos apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my