Ads 468x60px

Saturday, 19 July 2014

Shaklee Produk Amerika Yang Menyokong Israel? Boikot!



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, kita sudah tiba di fasa 10 malam terakhir Ramadhan. Checklist kembali amalan kita:
  • Berapa juzu' Quran sudah dibaca?
  • Berapa surah sudah ditadabbur?
  • Berapa malam sudah Qiamullail?
  • Berapa banyak sadaqah dan doa untuk saudara Muslim kita yang ditindas terutamanya yang sedang diasak di Gaza sekarang?
Isu Shaklee dan Israel

Sekarang atau setiap kali isu Israel-Gaza Palestin, ramai orang luar atau member Shaklee sendiri yang bertanya, "benar ke Shaklee bersekongkol fund ke Israel?".

Ada juga yang bila kita post something pasal Shaklee, mereka terus komen "Shaklee ni produk US. Company orang Yahudi. Ada kaitan dengan Israel".

Nak nak lagi ada sebuah website dari sebuah komuniti Yahudi (Keneseth Israel) yang telah memaparkan logo Shaklee Global dalam list supporter.


Apa lagi macam cacing kepanasan la semua orang - sampai ada yang siap buang vitamin Shaklee ke tong sampah sebab nak boikot punya pasal.

Ada juga yang mengucap syukur sebab tak guna produk Shaklee, kerana mereka hanya mengamalkan pemakanan sunnah.

Shaklee, Amerika dan Yahudi

Jika anda pernah membaca artikel saya yang bertajuk Shaklee Kayakan Yahudi?, saya ada bercerita mengenai paranoidnya sesetengah orang apabila mereka tahu Shaklee ni adalah produk Amerika.

Yes, Shaklee adalah sebuah syarikat nutrisi yang berpangkalan di US sejak tahun 1958. Dan sebagaimana yang kita tahu, US adalah antara negara sekutu kuat Israel. Begitu juga negara jiran kita Singapura yang mendapat jolokan Tangan Israel Asia Tenggara.

Dan untuk pengetahuan semua, kami yang menggunakan serta mengedarkan produk Shaklee dikenali sebagai Shaklee Independent Distributor (SID).

Website Keneseth Israel (KI) itu juga adalah kepunyaan SID, kaum konservatif Yahudi di Louisville, US yang berbisnes Shaklee untuk menyumbang kepada aktiviti komuniti mereka di sana.

Keuntungan Shaklee Corporation

Shaklee mendapat keuntungan perniagaan melalui sistem social marketing pengedar-pengedarnya. Ada bahagian untuk Shaklee sendiri, dan sebahagian besarnya dibahagi sama rata melalui bonus bulanan pengedar serta pelbagai insentif lain.

Bonus SID Hak Individu!

Dalam kes ini, Shaklee tidak ada hak untuk menentukan kemana dan bagaimana setiap SID membelanjakan bonus masing-masing. Kita sebagai SID Muslim pasti ada menyalurkan sebahagiannya ke badan-badan Islam, zakat, infaq, sedekah dan juga ke Aman Palestin - untuk mensucikan harta kita.

Itu hak SID, tiada kena mengena dengan Shaklee. Itulah juga yang dilakukan oleh KI. KI menyumbang kepada Israel sebagai individu, bukan mewakili Shaklee. Yang membuatkan ramai orang luar keliru adalah kerana KI menggunakan logo Shaklee di dalam website tersebut.

Isu ini telah dihadapkan ke management Shaklee Malaysia sendiri dan telah disahkan bahawa penyumbang (KI) tersebut bukan dari company Shaklee tetapi bersifat peribadi dan individu.

Official Statement dari Shaklee Management



Ini juga penjelasan dari Presiden Shaklee International, Mr Bradford Richardson mengenai isu ini:

Q: Does Shaklee Corporation contribute in funding Israeli's Military exercise on Palestine?
A: No

Q: What is your personal stand towards this issue?
A: Because this is a corporate question you and your customers and other distributors have raised now and in the past, we wanted to make it very clear that Shaklee is against violence of any kind anywhere in the world.

Shaklee is a neutral company and is not involved in any conflict, is not affiliated with any religion and is not aligned with any political party or cause.

Q: Is there any link of Shaklee and Israel/ Zionist that we need to know?
A: There is none

Bahagian Shaklee Ke Mana Perginya?

Selain untuk urusan syarikat dan pekerjanya, Shaklee gunakannya untuk penyelidikan produk. Shaklee menjalankan 100,000 ujian kualiti dan setiap bahan mentah yang digunakan perlu melalui 350 ujian berasingan. 

Kerana itulah, produk Shaklee bertukar formula dengan tambahan bahan baru seiring dengan masalah kesihatan yang semakin meruncing hari demi hari.

Kerana itulah juga, hampir setiap tahun pasti ada produk baru yang dilancarkan Shaklee ketika National Conference di Malaysia.


  • 2010 : Tonik ajaib: Vivix
  • 2012 : Collagen Powder: Dari sisik ikan merah
  • 2013 : Coq Health: Rakan Baik Jantung Anda
  • 2014 : Terbaru Phytocol ST: Nyah Kolesterol Jahat!
Semua hasil penyelidikan untuk memastikan produknya terjamin dan 100% berkesan kepada pengguna.

Tapi, Shaklee Company orang Yahudi!

Ya Allah, tak habis-habis lagi? Mari saya nak bercerita, anda pernah mendengar kisah Sayyidina Uthman tak? Kisah beliau membeli perigi dengan harga yang sangat mahal dari seorang Yahudi kerana itulah satu-satunya sumber air yang ada.

Kemudian, telaga tersebut diwakafkan untuk kegunaan umat Islam. Dari sini kita boleh lihat hatta nak membeli dari orang Yahudi pun tak salah. 

Rasul kesayangan kita juga, Nabi Muhammad SAW sendiri diriwayatkan dari hadis sahih, telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang Yahudi:

"Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran bertangguh, dan mencegarkan baju besi baginda SAW" (Riwayat al-Bukhari, No 2326, 2/841)

Anda juga boleh membaca kupasan dari Ustaz Zaharuddin mengenai Hukum Urusniaga dengan Syarikat Yahudi: Makan, Beli, Jual di sini.


Apa yang Saya Perlu Boikot untuk Tanda Protes Saya Terhadap Israel?

Boikotlah syarikat yang mendedahkan secara terang-terangan dengan hebahan rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi ke atas negara umat Islam.


Website ini dah buat kajian untuk kita berserta hujah sahih list syarikat yang perlu kita boikot. Bagi saya, daripada kita sibuk syak wasangka syarikat yang tiada dalam list untuk boikot, lebih baik kita fokus boikot syarikat yang terang dan sahih menyumbang pada Zionis/ Israel.



Bukan dengan memukul rata semua syarikat yang berasal dari US sebagai dalang Israel. Kemudian, check barang barang-barang rumah kita, pakaian dan makanan kita seharian. Pastikan kalau nak boikot, boikot sepenuh jiwa dan bukan bermusim. Boleh ke boleh?


Ok. TAPI Saya Rasa Cukuplah dengan Makanan Sunnah yang Saya Amalkan. Makan Shaklee Sepertinya Saya Menolak Makanan Sunnah..

Bercakap mengenai soal makanan, Ustaz Zaharuddin pernah menyebut dalam Program Hal Ehwal Islam bahawa,

"SEMUA makanan yang BAIK untuk tubuh adalah makanan sunnah. Makanan yang memberi kecergasan walau tidak wujud pada zaman Nabi. Jenama makanan sunnah jangan hanya disempitkan kepada apa yang ada di zaman Nabi"

Dalam AlQuran sendiri ada menyatakan, "Makanlah makanan yang halal lagi baik". Mengikut tafsiran hadis, dinyatakan dengan jelas bahawa makanan-makanan sunnah itu sebagai contoh  kepada makanan yang baik dan halal.

Maka, apa sahaja yang baik dan halal, nescaya hukumnya adalah HARUS dari segi syarak.


Saya sendiri sering berkongsi resepi produk Shaklee dengan menggabungkannya dengan makanan sunnah. Ada yang mencampurkannya dengan MADU TUALANG ZAFARAN, habbatus sauda dan kurma.

Saya percaya setiap dari kita pasti mahukan yang terbaik untuk keluarga dan kita pastinya mahu mencari sumber yang halal sebagai darah daging kita. Yang penting cara hidup kita juga harus mengikut sunnah bukan sekadar pada makanan semata-semata.

Awak Cakap Macam Tu Sebab Awak Pengedar Shaklee (SID) kan?

Sebenarnya isu ni dah lama, since 2012 lagi. Tapi YA, memang artikel ini dibuat atas kesedaran saya sebagai pengguna dan pengedar Shaklee. Maka tugas saya untuk mendidik pembaca yang mahu membuka mata pada kebenaran tentang fakta sebenar. 

Tidak salah untuk rasa musykil. Tidak salah untuk bertanya. Tapi SALAH apabila mengatakan yang kami cuba menolak SUNNAH dengan menggalakkan orang ramai memilih suplimen untuk kekal sihat bertenaga.

Dan juga SALAH untuk menyebarkan fitnah dan menuduh orang (SID) menyokong Israel hanya semata-mata menggunakan produk yang kilangnya bertapak di Amerika. 

Tidak mungkin kami para SID sanggup teruskan jika benar kami turut menyumbang dalam penderitaan saudara Islam kami di Palestin.

Kami juga beragama Islam seperti mereka, punya hati perut. Pastinya kami mahu sumber makanan, pakaian dan yang paling penting rezeki kami HALAL dan penuh keberkatan dari YANG ESA.

Dan yang pasti, dengan rezeki bonus Shaklee yang kami terima in shaa Allah kami mampu untuk salurkan ke tabung-tabung untuk membantu saudara Islam kami di Palestin. Yang asyik mencanang fitnah tu dah menyumbang ke belum?


Bukalah mata dan gunakan kelebihan akal yang Allah SWT beri untuk membuat pertimbangan sendiri. Bukan sekadar dengar cakap orang dan menyebarkan fitnah yang tidak betul.

Jadi Sekarang Ini Apa Perlu Saya Buat?

Yang dalam usaha memboikot Shaklee, sudah terang lagi bersuluh Shaklee tiada kaitan atau menyumbang sebarang dana pada Israel atau Zionis. Makanlah dan gunakan tanpa was-was (yakin).

Dan mari kita check apa sumbangan kita. Sejauh mana kita berusaha mahu mengubah nasib kita. Sejauh mana kita mahu jadi orang Islam yang berduit.

Kalau kita selami kisah Sayyidina Usman tadi, point yang mahu ditonjolkan di situ adalah kelebihan seorang insan apabila berharta. Apabila harta boleh dijadikan ALAT untuk membantu lebih ramai umat Islam.

Saya tidak tahu anda bagaimana, tapi saya yakin dengan apa yang saya lakukan sekarang. Saya mahu jadi Orang Kaya Bertakwa and help more people dengan bimbingan dari MFMS.

Kerana dalam bisnes Shaklee, semua orang berpeluang untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Semua orang mampu menjana income infinity!

Apa yang penting bila buat sesuatu, jadikan syurga sebagai matlamat pekerjaan kita. Lakukannya lillahitaala. Semata-mata kerana Allah. Bila kita ikhlas, in shaa Allah pasti ada jalan dan TERPAKSA berjaya!

Seperti yang pernah saya ceritakan di sini, Islam diperkukuhkan oleh harta orang-orang yang sentiasa memberi. Kerana orang kaya yang bersyukur dan memberi, adalah lebih baik dari orang miskin yang sabar :)

Ayuh doakan keselamatan para pejuang Islam di Palestin! Dan berusaha untuk berada dalam golongan yang MAMPU untuk menyumbang bagi meringankan penderitaan mereka di sana..


Berbahagialah kamu wahai warga Palestin, wahai pencinta Syahid.. Jaminan syurga buatmu menanti..


* Jika anda rasa pencerahan ini dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan anda yang lain, mohon anda tekan LIKE & SHARE. Semoga kita dapat memanjangkan lagi pencen kubur kita, Ameen..



Hayati kisah benar kejayaan seorang Engineer Terpaksa Berhenti Kerja Selepas 6 bulan menjalankan Online Bisnes.

Ikuti RAHSIA bagaimana beliau menghasilkan jualan RM 1 JUTA dalam tempoh 9 bulan dengan 'Zero Cost Marketing' selepas mengikuti Seminar Dr Azizan Osman.

Kisah ini telah mendapat sambutan 15,000 orang pembaca. Dapatkan segera sementara ia masih PERCUMA. Download percuma di SINI.


Shaklee ID: 1107170
Pengedar Shaklee TERBESAR KOTA BHARU, KELANTAN
SMS | WhatApp | Wechat | Telegram 0148393208
 

Disclaimer I

Sebarang pertanyaan & khidmat nasihat, hubungi:

SMS | WhatsApp | WeChat
0148393208/ 0176082225

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnos apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my